Continental Tyre Malaysia hulur sumbangan RM115,500 kepada Kechara Soup Kitchen

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan sambutan ulang tahun yang ke-150, Continental Tyre Malaysia telah melancarkan kempen Wheely Great 150 Years yang berlangsung dari Oktober hingga Disember 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sepanjang tempoh tersebut, pelanggan yang membeli sekurang-kurangnya dua unit tayar kereta atau satu unit tayar motosikal berpeluang untuk menerima e-baucar bernilai RM100.

Dari setiap pembelian, Continental akan mendermakan RM5 kepada Kechara Soup Kitchen (KSK), dan usaha ini telah berjaya mengumpulkan dana berjumlah RM115,500.

Sumbangan tersebut diserahkan terus kepada projek "Be The Light Household Items Project and Food Mission 2022" yang dijalankan sendiri oleh KSK dan bakal memberikan manfaat kepada 615 orang miskin bandar dan keluarga Orang Asli untuk mendapat akses kepada barangan keperluan.

Pakej makanan dan kelengkapan bernilai RM150 akan disumbangkan kepada keluarga dari beberapa negeri di Semenanjung Malaysia, di mana 150 buah keluarga pertama datangnya dari Lembah Klang dan Pahang.

Menurut Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia, Andrea Somorova berkata, "kami amat berterima kasih kepada penyertaan pelanggan kami serta peluang untuk menyumbang kepada komuniti yang memerlukan. Kami di Continental akan melakukan bahagian kami dalam memajukan masyarakat, terutama bagi yang berdepan dengan kesukaran hidup dalam tempoh pandemik. 

Program ini turut dipantau sendiri oleh rakan-rakan Continental Tyre Malaysia bagi memastikan setiap keluarga menerima sumbangan yang telah diperuntukkan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Start Your Impossible merupakan kempen yang dijalankan oleh Toyota Motor Corporation (TMC) sempena…
Berita Domestik
Sumbangan tersebut telah disalurkan melalui pasukan bola sepak JDT, di mana ianya bakal digunakan…
Berita Domestik
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PROLINTAS, Dato’ Mohammad Azlan Abdullah, sumbangan…