Continental Tyre Malaysia, Castrol Malaysia bergabung bawakan tawaran tambah nilai

oleh Mohamad Hanif|
Continental Tyre Malaysia telah menandatangani memorandum persefahaman bersama Castrol Malaysia bagi menerokai inisiatif bersama di seluruh negara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kedua-dua syarikat itu menyasarkan untuk mengukuhkan lagi kedudukan mereka di dalam negara ini dengan memanfaatkan rangkaian pengedar bagi menawarkan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi, selain memberikan kemudahan dan pengalaman serba lengkap kepada para pengguna.

Di bawah kerjasama yang dicadangkan itu, kedua-dua pihak akan menawarkan program kesetiaan pelanggan gabungan kepada para pemilik kenderaan di Malaysia.

Selain itu, Continental dan Castrol turut berusaha ke arah mewujudkan kerjasama yang bakal menyaksikan penubuhan kedai jenama bersama di seluruh negara.

Menurut Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia, Andrea Somorova berkata, "terdapat permintaan kukuh bagi kedua-dua jenama dan produk kami di kalangan pemilik kenderaan premium, dan peluang besar untuk kami bekerjasama dengan menggabungkan penawaran kami bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami.

Sementara itu, Pengarah Jualan Pasaran Castrol Malaysia dan Singapura Gan Wee Kiong berkata, "kerjasama ini adalah bukti komitmen kedua-dua jenama ke arah keselamatan dan kepuasan hati pelanggan, selain mengukuhkan lagi kedudukan jenama kami di Malaysia.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selain tayar jenama Continental, jenama Jerman itu juga memperluaskan tawaran promosi untuk jenama…
Berita Domestik
Sepanjang tempoh tersebut, pelanggan yang membeli sekurang-kurangnya dua unit tayar kereta atau…
Berita Domestik
Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Pengurus Besar Continental of Taiwan, dan berpengalaman di…