Continental mahu henti produksi komponen enjin - lebih 5 ribu hilang pekerjaan menjelang 2028

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu kenyataan yang dibuat pada Rabu lalu, Continental AG mengumumkan akan menghentikan operasi penghasilan komponen enjin disebabkan peraturan emisi yang semakin ketat menyebabkan pengurangan permintaan terhadap komponen tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini sekaligus mengakibatkan lebih daripada 520 orang bakal kehilangan mata pencarian apabila fasiliti di Roding, Jerman yang menghasilkan komponen hidraulik untuk enjin diesel dan petrol ditutup pada tahun 2024. 

Manakala lebih daripada 850 pekerja kini terancam apabila fasiliti komponen suntikan bahan api diesel di Limbach-Oberfrohna (Jerman) dan 2,200 orang di Babenhausen, Jerman bakal menerima nasib serupa pada tahun 2028. 

Continental juga turut bakal menghentikan operasi penghasilan komponen hidraulik untuk enjin gasolin pada tahun 2024 di Newport News. 

Kira 720 orang bakal terjejas, manakala di Pisa, Itali fasiliti serupa juga akan ditutup mengakibatkan 750 orang bakal kehilangan pekerjaan pada tahun 2028. 

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini merupakan sebahagian daripada usaha terkini syarikat Jerman itu bagi memulihkan profit di kala…