Continental, Dunlop dan Viking tawar Thermos percuma

oleh HEZERI SAMSURI|
Ini adalah peluang terbaik untuk anda mendapatkan produk Thermos,bekas makanan dan minuman yang wujud sejak tahun 1904 di Jerman.

Jenama tayar Continental, Dunlop dan Viking kini menawarkan pemberian Thermos percuma untuk pembelian tayar kenderaan anda.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024


 Tawaran ini bermula dari 15 Oktober hingga 15 Disember 2020 dan bertujuan untuk memberikan nilai terbaik bagi wang anda.

Di bawah ialah butiran lengkap berkaitan tawaran hebat tersebut:

  • Tawaran ini hanya untuk pembelian tayar bagi kenderaan penumpang sahaja (UHP).
  • Ia terbuka untuk semua model dan varian tayar kenderaan penumpang dari jenama Continental, Dunlop dan Viking, bersaiz 17-inci ke atas.
    • Pembelian dua (2) tayar Continental bersaiz 17-inci ke atas akan menerima satu kole minuman Thermos bersaiz 0.35L
    • Pembelian empat (4) tayar Continental bersaiz 17-inci ke atas akan menerima satu kelalang (flask) Thermos bersaiz 0.60L
    • Pembelian empat (4) tayar Dunlop atau Viking bersaiz 17-inci ke atas akan menerima satu kole minuman Thermos bersaiz 0.35L

 

 

Di bawah ialah tiga langkah mudah pembelian untuk melayakkan anda bagi mendapat hadiah Thermos tersebut:

Langkah 1
Imbas QR kod kedai tayar (yang mengambil bahagian) di mana pembelian dibuat.

http://continental-marketing.com.my/continentalEPP/outlet_location.php#  

Langkah 2
Daftar dan sertakan resit serta kod TAC yang akan diberikan.

Langkah 3
Terima pengesahan melalui SMS

Satu hadiah untuk setiap nombor kad pengenalan/nombor telefon/emel dan tawaran sah selagi stok masih ada. Untuk keterangan lanjut, hubungi 018-288 0300 atau layari www.continental-marketing.com.my

Jangan lupa, kole atau kelalang dari jenama premium ini percuma dari tayar Continental, Dunlop dan Viking sahaja ya!

Berita Berkenaan

Berita Global
Sistem terbaharu itu adalah teknologi sama seperti pengecaman muka yang digunakan pada telefon…
Berita Domestik
Baru-baru ini, syarikat tersebut telah mengadakan cabaran Conti Mount Kinabalu Challenge 2023 yang…
Berita Domestik
Mulai 6 Januari hingga 15 Februari, anda hanya perlu membeli minimum dua tayar jenama Continental…