Continental C.A.R.E - tayar yang mampu ubah tekanan dengan sendiri

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai sebuah pakar pembuat tayar, Continental telah berjaya membangunkan sebuah konsep tayar yang mampu mengubah tekanan ketika sedang bergerak atas jalan raya.

Tayar yang dikenali sebagai C.A.R.E. (Connected. Autonomous. Reliable. Electrified) itu menampilkan pelbagai komponen pengesan (sensor) yang mampu membaca pelbagai data kritikal seperti kadar ketebalan bunga tayar, kerosakan, suhu, dan tekanan. 

 


Menariknya, tayar pintar ini juga turut dipasang pam tekanan terbina dalam di mana ia akan bertindak menjana tekanan udara mengikut daya emparan yang dikenakan ke atas tayar. 

Teknologi yang dinamakan sebagai PressureProof ini akan memastikan tayar sentiasa berada di dalam tekanan yang optimum bagi meningkatkan kecekapan dan mengurangkan emisi CO2. 

Udara termampat yang berlebihan akan disalurkan keluar kepada sebuah tangki terbina supaya ia boleh digunakan kembali ketika keadaan memerlukan. 

Bijak bukan?

 


Pun begitu, Continental masih belum mengumumkan tempoh masa sesuai untuk mengimplementasi teknologi baharu ini, namun C.A.R.E dikatakan mampu memberikan penyelesaian yang pintar kepada pengurusan fleet kereta swapandu bagi meningkatkan prestasi dan mengoptimasikan kos operasi pada masa yang sama.