Continental AG umum penstrukturan semula, 20 ribu pekerja bakal terjejas termasuk di Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Continental AG telah mengumumkan pelan penstrukturan semula untuk tempah sedekad akan datang, dan perancangan ini bakal mendatangkan kesan kepada lebih 20,000 orang pekerja di seluruh dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Ini merupakan sebahagian daripada usaha terkini syarikat Jerman itu bagi memulihkan profit di kala produksi kenderaan yang perlahan di pasaran utama, selain peralihan industri terhadap kereta elektrik. 

Syarikat pembuat komponen kenderaan kedua terbesar di dunia itu akan melaburkan sejumlah US$1.2 billion (RM5 billion) dalam tempoh sehingga 2029 untuk mencapai pengurangan kos kasar tahunan US$546 juta bermula 2023. 

Continental juga turut merangka beberapa perancangan, termasuklah mengurangkan jumlah pekerja dan menutup beberapa buah kilang termasuklah dua kilang komponen hidraulik di Amerika, serta sebuah kilang tayar trak di Malaysia. 

Selain daripada itu, Continental juga secara berperingkat akan menutup dua buah kilang komponen hidraulik di Jerman dan Itali. 

Untuk rekod sehingga kini, terdapat kira-kira 244,000 orang pekerja Continental dari 60 buah negara di seluruh dunia. 

Sebagai sebuah syarikat terkemuka, Continental masih mempunyai skala dan kehadiran yang kuat di dalam perniagaan komponen elektronik, sistem bantuan pemandu, kenderaan autonomi, servis mobiliti dan juga perniagaan tayar yang masih mempunyai margin yang tinggi. 

Sumber: The Edge 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini sekaligus mengakibatkan lebih daripada 520 orang bakal kehilangan mata pencarian apabila…