Conti SupRim Technology - teknologi tayar trak, bas yang lebih kukuh dan tahan lasak

oleh Mohamad Hanif|
Continental Tyres telah memperkenalkan Conti SupRim Technology™, teknologi tayar generasi baharu bagi memastikan tayar trak dan bas lebih teguh dan tahan lasak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Teknologi Conti SupRim Technology™ ini merupakan teknologi kompaun jalur rim baru dengan ciri anti penuaan yang mampu meningkatkan tahap fleksibiliti, kekukuhan, dan ketahanan koyakan pada tebing bibir tayar.

Menurut Continental, daya ketahanan tebing bibir tayar konvensional kebiasaannya merosot sehingga 75 peratus pada akhir hayat kitaran penggunaan pertama.

Namun dengan Conti SupRim Technology™, ia dapat memastikan tebing bibir tayar mampu mengekalkan ketahanan awal sepanjang hayat penggunaan pertama, dengan tiga kali lebih daya tahan.
 

Cont


Malah, pelanggan yang telah menguji tayar dengan Conti SupRim Technology™ ini mengakui ianya empat kali lebih mudah dipasang berbanding tayar yang dihasilkan dengan kompaun konvensional, selain menikmati penjimatan kos yang lebih baik.

“Conti SupRim Technology™ memang merupakan pencapaian teknologi yang manakjubkan untuk Continental. Kecanggihan teknologi ini bukan sahaja meningkatkan daya saing kami dalam industri di kalangan pemilik dan pengendali fleet; ia juga berjaya menunjukkan keunggulan dalam inovasi dan keupayaan kami," kata Andrea Somorova, Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia.

"Kami ingin memenuhi permintaan pengguna yang belum diterokai di pasaran Malaysia serta memberikan solusi yang beterusan kepada pelanggan kami yang sedia ada.  Dengan adanya Conti SupRim Technology™, kami menawarkan tayar yang selamat, lebih kukuh dan tahan lasak kepada kenderaan fleet Malaysia. Pelanggan kami telah menunjukkan keyakinan yang tinggi terhadap teknologi ini bagi memperkayakan lagi pengalaman produk jangka panjang mereka," katanya.

Ciri Conti SupRim Technology™ kini digunakan dalam semua tayar radial yang dihasilkan di kilang Continental Tyres di India.

 

Berita Berkenaan

Informasi
  Kelebihan tayar ini telah terbukti apabila mereka yang menguji tayar tersebut bersetuju bahawa…