Conti SupRim Technology - Tayar trak dan bas terbaharu dari Continental; lebih lasak, lebih mudah dipasang!

oleh SALINA JALIL|
Continental Tyres, pengeluar tayar dari Jerman memperkenalkan Conti SupRim Technology™ iaitu teknologi “Bead” generasi baru yang teguh serta tahan lasak untuk meningkatkan ketahanan tayar serta kekerapan celupan yang lebih baik dalam pelbagai tayar kenderaan komersialnya.


Dengan teknologi Conti SupRim™, Continental Tyres menghasilkan kompaun jalur rim baru dengan ciri anti penuaan yang meningkatkan fleksibiliti, kekukuhan, dan ketahanan koyakan pada tebing bibir “bead” tayar.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Kelebihan tayar ini telah terbukti apabila mereka yang menguji tayar tersebut bersetuju bahawa ia empat kali lebih mudah dipasang berbanding tayar yang dihasilkan dengan kompaun konvensional.

 

Dengan Conti SupRim Technology, ia dapat memastikan bahawa tebing bibir tayar mampu mengekalkan ketahanan awalnya sepanjang hayat penggunaan pertamanya pada kadar kemerosotan hanya sekitar 18 peratus sahaja pada akhir hayat kitaran pertamanya.

 

poster

 

Pendek kata, ia dapat memastikan kemampuan celupan yang unggul serta kemudahan pelekapan sepanjang kitaran hayat tayar di samping menjimatkan kos kepada pemiliknya. 

 

Yang penting Conti SupRim Technology dihasilkan oleh Continental Tyres khas untuk pelanggan di pasaran Asia Pasifik termasuk Malaysia. Pengguna-pengguna di pasaran ini mempunyai keperluan produk yang amat mencabar.

 

imej

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Teknologi Conti SupRim Technology™ ini merupakan teknologi kompaun jalur rim baru dengan ciri anti…
Berita Domestik
Selain daripada itu, Michelin juga turut mengurangkan penggunaan jumlah bahan yang digunakan dalam…
Berita Domestik
Michelin X Multi Z 2 ini merupakan antara produk yang menawarkan jangka hayat yang terbaik di dalam…