Conteng kereta awam, polis cari kanak-kanak lelaki

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Facebook Inforoadblock
Polis sedang mengesan seorang kanak-kanak dipercayai lelaki yang tular apabila bertindak menyembur cat pada bahagian pintu beberapa buah kereta awam di Jalan Tingkat Kenari 5, Bayan Lepas, di Balik Pulau pada Jumaat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, kanak-kanak tersebut dipercayai menyembur cat tin pada kenderaan dengan menulis perkataan yang tidak senonoh.

 

Pada 6 Januari terkesan satu posting yang dimuat naik dalam akaun Facebook Inforoadblock berhubung dakwaan seorang kanak-kanak yang dipercayai melakukan perbuatan vandalisme.

 

”Kejadian tersebut berlaku di Jalan Tingkat Kenari 5, Bayan Lepas pada 6 Januari dan terdapat lima laporan polis berhubung isu sama,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

 

Terdahulu, tular di media sosial mengenai beberapa buah kereta yang disembur cat berwarna hitam dengan perkataan tidak senonoh.

 

Kamarul Rizal berkata, siasatan awal polis mendapati perbuatan itu disyaki dilakukan seorang suspek kanak-kanak antara pukul 2 hingga 2.30 petang.

 

conteng