Consumer Reports senarai 10 buah kereta paling bermasalah 2019

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Isu kualiti bukanlah satu perkara yang baharu, daripada sekecil-kecil sehinggalah kepada sebesar-besar perkara semuanya dititikberatkan dalam memberikan satu produk yang terbaik kepada pengguna. 

Pemilikan kereta kadang-kala boleh diibaratkan seperti berjudi, ada ketikanya kita akan dapat unit yang paling baik tanpa sebarang masalah di penghujung tahun pembiayaan. 

Tidak dapat tidak, kita sebagai pengguna harus bersedia untuk apa jua kemungkinan yang bakal timbul di sepanjang tahun pemilikan. 

Berikut merupakan senarai kereta yang berisiko untuk dimiliki untuk tahun 2019 berdasarkan laporan Consumer Reports:

 

10. VW Atlas

Isu utama: sistem kawalan iklim, stereng, suspensi, peralatan kuasa

 

9. Cadillac CTS

Isu utama: sistem kawalan iklim, sistem pemanduan, transmisi

 

8. Alfa Romeo Giulia

Isu utama: peralatan kuasa, enjin (!), sistem elektronik dalam kereta

 

7. Kia Cadenza

Isu utama: sistem penyejukan enjin, sistem emisi, sistem bahan api, sistem kawalan iklim

 

6. Cadillac Escalade

Isu utama: sistem kawalan iklim, transmisi, sistem elektronik dalam kereta

 

5. Cadillac CT6

Isu utama: sistem kawalan iklim, transmisi, sistem elektronik dalam kereta

 

4. Chevrolet Silverado 2500 HD

Isu utama: sistem bahan api/emisi, sistem pemanduan, stereng, suspensi

 

3. Tesla Model X

Isu utama: sistem perisian, cat dan trim, sistem elektronik dalam kereta, bising, kebocoran

 

2. Buick Enclave

Isu utama: transmisi, peralatan kuasa, bunyi bising, kebocoran

 

1. Jaguar F-PACE

 

Isu utama: sistem elektronik dalam kereta, sistem pemanduan, peralatan kuasa, bunyi bising, kebocoran

Berita Berkenaan

Berita Global
Laporan daripada Consumer Reports kembali lagi tahun ini untuk senarai 10 buah kenderaan yang…