Condor perlu penaiktarafan

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Kereta perisai Radpanzer Condor 4x4 APC (armoured personnel carrier) milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM)  telah digunapakai semenjak tahun 1981. Ia nya digunakan keempat empat rejimen Armor dalam Kor Armor DiRaja. Kor Armour DiRaja (KAD) adalah salah satu kor tempur di dalam Tentera Darat Malaysia. Kor Armor DiRaja, ataupun lebih dikenali sebagai Armor dilengkapkan dengan pengangkut anggota berperisai (APC), kenderaan tempur infantri (IFV), kenderaan tempur berperisai (ACV) dan juga kereta kebal (battle tank). condor66_n condor85_n condor254_n condor54_n Condor yang merupakan kenderaan terbukti ini akan digantikan dengan kereta perisai Gempita 8x8 bagi dua dari rejimen Amor. Ini mewujudkan keperluan penaiktarafan Condor ini bagi dua lagi rejimen KAD. Terdapat sejumlah 316 unit RPZ Condor yang kini dalam perkhidmatan dan dirawarkan kerja penaikrtarafan/pembinaan semula oleh Deftech Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat DRB-Hicom. "Kerja penaiktarafan yang dicadangkan termasuklah peningkatan kuasa dari 168hp kepada 215hp, peningkatan dayakilas dari 491Nm ke 800Nm, peningkatan nisbah kuasa-ke-berat dari 13.4hp/kg kepada 16hp/kg, pegubahsuaian transmisi manual ke sistem transmisi auto, peralihan gandar tegar kepada jenis gandar bebas (independent axle), dan peralihan sistem elektronik dari jenis analog kepada sistem digital," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Deftech, Lt Kol (K) Dato' Amril Samsudin ketika ditemui careta.my di pameran defence Services Asia (DSA 2106) semalam. [caption id="attachment_8286" align="alignnone" width="620"] Amril Samsudin di hadapan AV8 Gempita[/caption]   [caption id="attachment_8292" align="alignnone" width="300"]Condor ATM di Somalia seperti dalam kisah 'Black Hawk Down' Condor ATM di Somalia seperti dalam kisah 'Black Hawk Down'[/caption]