Concorso d'Eleganza Villa d'Este: koleksi 50 buah jentera klasik di dalam satu acara elegan

oleh Mohamad Hanif|
Concorso d'Eleganza Villa d'Este merupakan satu pertunjukan dan pertandingan antara kereta klasik yang paling elegan pernah diadakan bertempat di Villa d'Este, Lake Como, Italy.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Acara tersebut telah berlangsung setiap tahun dari 1929 sehingga sekarang pada pada minggu terakhir bulan Mei. 


Sebanyak 50 buah kenderaan klasik yang dibina antara tahun 1920-an sehingga 1970-an telah diperagakan setiap tahun mengikut lapan kategori yang berbeza. 

Terdapat satu kategori khas di mana pihak pengeluar dibenarkan menayangkan kereta konsep terkini mereka pada acara tersebut, dan pada tahun ini, anugerah Rekaan Terbaik bagi Konsep dan Prototaip telah dimenangi oleh Ferrari SP38. 


Turut dipamerkan pada acara tersebut ialah model konsep daripada Hyundai, iaitu Genesis Essentia. 

Genesis Essentia merupakan cubaan terbaharu Hyundai untuk menawan pasaran mewah yang selama ini dikuasai oleh BMW, Audi, Mercedes-Benz dan sebagainya menerusi jenama mewah Genesis. 

Genesis Essentia menampilkan bayangan bahasa rekaan Hyundai akan datang dengan menampilkan gabungan konsep minimalism dan elegan dalam masa yang sama. 
 


Saksikan gambar-gambar menarik yang telah diambil pada acara pertandingan Concorso d'Eleganza Villa d'Este di Itali baru-baru ini.