CONCEPT AMG GT XX: EV AMG Lebih 1,360hp Yang Cas Sepantas Isi Minyak

oleh Qalif Latif|
Mercedes-AMG sekali lagi menggegarkan dunia automotif dengan pengenalan CONCEPT AMG GT XX, sebuah kereta konsep elektrik ultra berprestasi tinggi yang bukan sekadar untuk tayangan ini ialah bayangan tepat untuk model produksi sebenar pertama di bawah platform AMG yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

AMG

Apa yang menjadikan GT XX ini luar biasa? Semuanya bermula dari jantungnya tiga motor elektrik axial flux yang mampu menghasilkan lebih 1,000 kW (>1,360hp), disokong oleh bateri voltan tinggi dengan teknologi penyejukan sel terus yang membolehkan pengecasan semula sejauh 400km (WLTP) hanya dalam masa sekitar 5 minit lebih pantas daripada mengisi tangki petrol penuh!

AMG

Rekaan dan Teknologi Pacuan Revolusioner

Motor axial flux ini hasil kerjasama Mercedes-AMG dan pakar motor elektrik UK, YASA menawarkan ketumpatan kuasa tiga kali ganda lebih tinggi berbanding motor biasa. Ia juga dua pertiga lebih ringan dan hanya mengambil satu pertiga ruang. Dengan dua motor di belakang dan satu di hadapan (yang boleh dinyahpaut secara automatik), sistem pacuan AMG Performance 4MATIC+ membolehkan tork dihantar secara fleksibel untuk prestasi pemanduan dan cengkaman optimum.

AMG

AMG

Rekaan "motor-cakera" ini bukan sahaja menjimatkan ruang dan berat, tapi juga membolehkan sistem penyejukan minyak dan air yang canggih mengawal suhu dengan ketepatan luar biasa memastikan prestasi kekal konsisten walaupun diheret ke litar.

AMG

Bateri Direka Dari Awal Untuk Prestasi Tanpa Kompromi

AMG turut membangunkan bateri HP.EB mereka sendiri yang menggunakan sel silinder nipis tinggi dengan kimia NCMA (nikel, kobalt, mangan, aluminium) dan anod berasaskan silikon. Sistem penyejukan terus menggunakan cecair khas yang tidak mengalirkan elektrik membolehkan setiap sel kekal dalam suhu ideal walaupun diseksa pada prestasi maksimum.

AMG

Yang menarik, sistem pengecasannya mencapai kuasa purata lebih 850 kW, direalisasikan bersama rakan teknologi Alpitronic menjadikan proses pengecasan hampir secekap mengisi minyak biasa.

AMG

Rekaan Luar & Dalam Yang Emosional Dan Berteknologi Tinggi

Dari luar, GT XX tampil rebel dan penuh karakter: warna oren Sunset Beam yang memantulkan cahaya seperti logam cair, bentuk fastback, air outlet pada bonet seperti kereta lumba, gril AMG Panamericana dengan bentuk lebih bujur, dan sayap belakang aktif yang tersembunyi.

AMG

Di bahagian dalam pula, rekaan ala kereta lumba dipadukan dengan teknologi canggih. Kokpit puristik hitam, dengan paparan skrin besar, tempat duduk karbon yang dipadankan dengan kusyen 3D cetakan khas badan pemandu, dan penggunaan material LABFIBER berasaskan bioteknologi seperti kulit tiruan dari tayar GT3 terpakai dan alternatif sutera dari bakteria.

AMG

Inovasi Aero Wheel dan Sistem Komunikasi Visual

Satu ciri unik ialah aero-wheel 21 inci dengan bilah boleh bergerak yang boleh ditutup untuk mengurangkan seretan atau dibuka bagi penyejukan brek. Bilah ini dikawal oleh aktuator mini yang dikuasakan sendiri dan berkomunikasi secara Bluetooth satu paten dunia baru dari Mercedes-AMG.

AMG

Lampu belakang pula menampilkan MBUX Fluid Light Panel dengan lebih 700 LED RGB, boleh diprogram untuk memaparkan info waktu nyata seperti status pengecasan atau logo AMG menjadikan GT XX bukan sekadar kereta, tetapi komunikator jalan raya.

AMG

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, strategi tersebut dikatakan tidak mencapai sasaran jualan yang diharapkan kerana ramai…
Berita Global
Menariknya, ia bukan sekadar sebuah jentera konsep biasa, tetapi sebuah projek dua dalam satu yang…
Berita Global
Imej baharu yang didedahkan menunjukkan kabin model ini direka dengan pendekatan digital sepenuhnya…