Competizioni GT Club - himpunan jentera Ferrari GT kembali beraksi di litar

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Mungkin tidak ramai mengetahui bahawa Ferrari menerusi Competizioni GT Club bakal menganjurkan sebuah perlumbaan di mana para pemilik kereta lumba Ferrari dibenarkan berlumba pada acara-acara yang dianjurkan oleh Maranello.

Diperkenalkan kepada orang ramai pada acara Birmingham Autosport International minggu lalu, Competizioni GT Club mensasarkan kepada mana-mana kereta lumba Ferrari yang dibina sejak tiga puluh tahun yang lalu. 

Acara perlumbaan ini akan berlangsung di beberapa buah litar ikonik seluruh dunia lengkap dengan bantuan teknikal disediakan di setiap trek lumba. 

Selain daripada itu, para peserta juga berpeluang untuk menerima khidmat nasihat daripada para pelumba professional Ferrari GT dalam usaha untuk menyerlahkan kuasa terpendam daripada jentera mereka. 
 


Terdapat 12 buah model yang layak untuk memohon keahlian Competizioni GT Club, daripada Ferrari F40 Competizione (1989) sehinggalah kepada Ferrari 488 GTE dan GT3. 

Pakej keahlian Competizioni GT Club ini turut merangkumi sut perlumbaan kustom, satu set tayar untuk setiap perlumbaan yang diadakan, khidmat pengangkutan jentera lumba, perkhidmatan logistik dan sesi bersama para pemandu professional. 

Acara pertama akan bertempat d Mugello pada 9-10 April ini, diikuti oleh litar F1 Indianapolis, Fuji Speedway di Jepun serta Vallelunga di Rom.

Competizioni GT Club juga akan menyertai festival Ferrari Finali Mondiali 2019 di Mugello pada 22-27 Oktober penghujung tahun ini.