COMOS bakal bawa Kona EV ke Malaysia - hampir 500 km sekali caj!

oleh HEZERI SAMSURI|
Kenderaan EV (Electric Vehicle) semakin menular di banyak pasaran dunia dan juga di Asean.

Di Malaysia, pasaran yang terlalu kecil dan usaha suam-suam kuku dari kerajaan mungkin tidak begitu menarik bagi syarikat kenderaan membawa masuk EV secara rasmi tetapi COMOS nampaknya masih berani.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Cohesive Mobility Solution (COMOS), sebuah syarikat bumiputra yang berpengkalan di Putra Heights sebelum ini terkenal dengan projek "leasing" atau pajak bagi kenderaan elektrik Renault Zoe dan Twizzy.

Kali ini, COMOS bercadang untuk membawa masuk SUV elektrik dari Hyundai, Kona EV melalui Hyundai Sime Darby Motor (HSDM) sendiri.

 

 

Tidak seperti kenderaan recond, Kona ini akan datang lengkap dengan waranti dan khidmat selepas jualan, sesuatu yang sangat penting kerana tidak ada bengkel peribadi yang mampu menawarkan khidmat membaiki kenderaan EV lagi di Malaysia.

Dua varian Kona EV bakal dibawa masuk sekiranya sambutan yang diterima untuk cadangan ini baik.

  • Kona EV Standard akan datang dengan bateri 39.2 kWh dan menghasilkan 136 PS dan 395 Nm dan jarak pemanduan untuk sekali caj ialah 312 km.
  • Kona EV High Spec pula hadir dengan bateri 64 kWh untuk 204 PS dan 395 Nm, mampu untuk pemanduan sejauh 482 km dengan sekali caj.

 

 

Bateri lithium-ion polymer yang digunakan oleh Kona EV mengambil masa 54 minit untuk mencapai kadar caj 80 peratus (SOC) jika menggunakan pengecaj pantas 100 kW DC. 

Jika ia menggunakan pengecaj 7.2 kW yang ada pada Kona itu sendiri dan disambung pada soket biasa rumah, ia akan mengambil masa selama 9 jam 40 minit untuk varian 64 kWh dan 6 jam 10 minit untuk varian dengan bateri yang lebih kecil itu.

Tidak seperti pengimport kenderaan recond, COMOS tidak mempunyai permit import yang membolehkan ia menjual kenderaan terus kepada pengguna.

 

 

COMOS hanya mampu membuat skim pajakan selama 60 bulan (lima tahun) dengan harga RM4,300 sebulan bagi varian 39.2 kWh dan RM4,900 sebulan untuk model High Spec dengan bateri 64 kWh.

Anda masih boleh membeli Kona EV ini selepas tempoh pajakan tamat dengan harga selepas cukai dan sebagainya.

Jika anda berminat dengan pakej pajakan itu, lawati laman web di bawah untuk mendaftarkan minat anda.

https://comos.com.my/hyundai-kona-malaysia-signup/

Kona EV sebenarnya sudah mula dijual di Thailand sejak awal tahun ini dengan bermula dari RM254,990 sehingga RM311,500 (nilai tukaran Baht - RM sekarang).

Berita Berkenaan

Berita Global
Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) telah menyatakan hasratnya agar negara tersebut…