Coachbuilder Kegger hasil trak flatbed Sprinter PETRONAS Edition!

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz Sprinter telah pun menyambut ulang tahun yang ke-25 tahun lalu dan syarikat coachbuilder dari Poland, Kegger hadir dengan sebuah trak tunda edisi khas yang mengambil inspirasi daripada pasukan Mercedes-AMG PETRONAS F1.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Trak tunda flatbed yang digelar sebagai Sprinter Petronas Edition ini menampilkan liveri yang diinspirasikan daripada jentera F1, dan dihasilkan daripada model Sprinter yang paling berkuasa terdapat di Eropah.

 


Enjin diesel turbo 3.0 liter bentangan V6 itu berupaya menghasilkan 190 kuasa kuda dan 440 Nm, dipadankan dengan sistem transmisi automatik tujuh kelajuan dan sistem pacuan roda belakang.

Ia merupakan antara trak tunda yang dilengkapi dengan sistem suspensi udara secara standard.

 


Beberapa perubahan visual dilakukan seperti pemasangan bampar hadapan baharu dengan bukaan kemasukan udara yang besar, lip spoiler, gril yang dilayangkan warna hitam, serta rim aloi bersaiz 18 inci dengan kemasan warna kontras.

Ruang dalaman Sprinter Petronas Edition ini turut dimuatkan dengan kemasan kulit Alcantara diikuti jahitan kontras berwarna hijau pada papan pemuka, tempat duduk dan panel pintu.

 


Kegger juga turut menambah ciri insulasi bunyi serta sistem audio yang dinaiktaraf supaya memberikan suasana bekerja yang menenangkan buat pemandu.

Di bahagian belakang, Sprinter PETRONAS Edition ini dilengkapi dengan flatbed, selain menempatkan ruang storang untuk peralatan yang diperlukan.

 


Harga jualan untuk sebuah Sprinter PETRONAS Edition ini bermula dari €125,000 (RM608,605), namun hanya 25 unit sahaja yang akan dihasilkan oleh Kegger.