Coachbuilder Belgium hasilkan kemasan karat sebenar untuk Land Rover Defender

oleh Mohamad Hanif|
Land Rover Defender generasi baharu tidak memiliki sebarang persamaan langsung dengan Defender yang terdahulu, di mana Land Rover kini menggunakan casis monocoque bagi menggantikan peranan casis ladder frame.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Selain daripada itu, binaan badan juga diperbuat daripada aluminium sepenuhnya, menjadikan ia lebih tahan kepada serangan karat.

Bagi mereka yang mahukan kenderaan Defender baharu mereka dengan penampilan karat, boleh mencuba sendiri menghubungi coachbuilder dari Belgium, Niels van Roij Design.

 


Coachbuilder yang sebelum ini terkenal dengan model-model seperti shooting brake Tesla Model S dan Breadvan Hommage Ferrari 550 Maranello itu menawarkan kemasan karat pada beberapa bahagian seperti ventilasi sisi dan plet hud enjin.

Rim bersaiz 22 inci itu tidak pula didatangkan dengan kemasan karat, sebaliknya dilayangkan dengan warna hitam.

 


Menurut pembina tersebut, kemasan karat tersebut dibuat menerusi proses pengoksidaan yang dipercepat selepas bahagian logam dicat, dan pemilik boleh memilih untuk menggosok ataupun menggilap bahagian logam tersebut dengan lapisan nipis aluminium, titanium, gangsa, tembaga, zink atau emas yang mampu bertahan selama 20 tahun.

Secara alternatifnya, pemilik juga boleh membiarkan bahagian tersebut karat dengan sendirinya sebelum pihak pembina 'menghentikan' proses pengaratan dan mengaplikasikan lapisan nipis itu tadi untuk mengekalkan rupa paras bahagian yang terkarat itu.

 


Selain daripada kemasan karat itu tadi, coachbuilder itu juga turut menawarkan kemasan dalaman yang mewah untuk ruang kabin seperti kulit coklat pada papan pemuka, tempat duduk, konsol tengah, perehat tangan, panel pintu dan roda stereng sebelum diakhiri dengan trim gentian karbon.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
LROM ialah kelab Land Rover berdaftar yang pertama di Malaysia dan ahlinya terdiri dari "otai-otai…
Berita Global
  Walaupun terbuka, Okavango mempunyai bumbung atas boleh alih yang melindungi kabin dengan…
Berita Global
  Land Rover Series IIA dikeluarkan dari 1961 hingga 1971 dan satu daripada 'Len Roba' yang…