CMC Motor kini lancarkan CMC Ario 110 dan Italjet Buccaneer 250i 

oleh DIANA ISMADI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sebentar tadi, telah berlangsungnya pelancaran dua model motosikal CMC Ario 110 dan Italjet Buccaneer 250i di litar Elite Speedway. CMC Ario 110 ditawarkan pada harga RM4,227 dan Italjet Buccaneer 250i RM16,430 (termasuk GST, tanpa insurans dan pendaftaran).

 

Motosikal ini diedarkan oleh CMC Global Sdn.Bhd, yang merupakan pengedar rasmi motosikal CMC di Malaysia. Model Ario 110 kini boleh didapati di wakil pengedarnya manakala Buccaneer 250i boleh didapati bermula bulan Oktober. 

 

Bagi segmen motosikal moped atau kapcai, CMC Ario 110 dikuasakan oleh enjin 107 cc satu silinder empat lejang dengan sistem penyejukan udara dan bahan api karburetor. Ia dipadankan bersama kotak gear empat kelajuan dan mampu menghasilkan kuasa sebanyak 6.4 hp pada 7,500 rpm dan 7.0 Nm tork pada 5,500 rpm.

CMC Ario 110

Dengan harga yang berpatutan, ia sesuai untuk kegunaan harian. Motosikal ini disediakan dengan sistem penghidup elektrik dan tendang, suspensi dari Kayaba untuk bahagian depan dan belakang, brek cakera dua piston di hadapan, brek dram di belakang, rim sport 17 inci dan tangki minyak empat liter.

 

Berat keseluruhan motosikal ini adalah 105 kg. Motosikal Ario ini juga ada menyediakan ruang tempat letak barang di bawah tempat duduknya. Terdapat dua pilihan warna yang ditawarkan untuk Ario 110 iaitu merah dan hitam.

CMC Ario 110

Satu lagi model dilancarkan adalah Italjet Buccaneer 250i, dimana ia adalah sebuah motosikal dengan yang menampilkan imej cafe racer klasik. Ia dikuasakan oleh enjin dua silinder V 250 cc empat lejang dengan sistem penyejukan udara dan kawalan suntikan bahan api elektronik.

 

Transmisi yang digunakan mempunyai lima gear, dan kuasa yang mampu dihasilkan adalah sebanyak 17.4 hp pada 8,000 rpm dan 19 Nm tork pada 6,000 rpm.

Italjet

Motosikal ini mengunakan fork teleskopik hadapan, brek cakera 280 mm, brek dua piston dan rim 17 inci, suspensi belakang mengunakan monoshock boleh laras untuk pra beban, brek cakera 240 mm dan rim 15 inci.

 

Berat keseluruhannya adalah 128.5 kg dan saiz tangki minyak 14 liter. Buccaneer 250i yang didatangkan dengan warna kuning keemasan, hitam dan hitam matte.

Italjet

CMC Ario 110 dan Italjet Buccaneer 250i mendapat pengiktirafan emisi Euro 3 dan didatangkan dengan jaminan satu tahun atau 10,000 km.Dengan kelainan dan gaya pasti mata akan tergoda dengan reka bentuk cafe racer motosikal Italjet Buccanner ini.

 

Penulis; -Afiz Takumi-

CMC Ario 110CMC Ario 110kapcaiItaljet Italjet