CLR G770 R oleh Lumma Design - G-wagen yang sangat jahat!

oleh Mohamad Hanif|
Terdapat pelbagai jenis modifikasi yang ditawarkan bagi pemilik Mercedes-AMG G63, namun apa yang cuba diperlihatkan oleh Lumma Design pada model ini nampaknya bukanlah untuk mereka yang gemar merendahkan diri.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dibina berdasarkan kit CLR G770 yang dilancarkan pada tahun lalu, CLR G770 R ini menerima beberapa penambahbaikan bagi menjadikan penampilan G-wagen ini lebih garang.

Seperti contoh, bampar hadapan dan belakang telah diberikan nafas baharu, diikuti dengan penambahan lampu DRL tambahan, serta fender flare yang kini lebih mudah untuk dipasang dan dibuka pada keempat-empat arca roda.

 


Selain daripada penggunaan warna hitam yang menguasai segenap sudut, Lumma Design turut mendatangkan elemen merah pada bahagian gril, panel sisi, serta roda bersaiz 24 inci yang dibaluti tayar 295/30 depan dan 355/25 belakang.

Dalam keadaan standard, model asal G 63 dengan enjin V8 4.0 liter turbo berkembar itu mampu menghasilkan 577 kuasa kuda dan 850 Nm, namun dengan pakej opsyen ia mampu meningkatkan kuasa tersebut kepada 641 kuasa kuda dan 950 Nm.

 


Lumma Design menawarkan sistem ekzos yang lebih sporti dan mampu menghasilkan deruman yang lebih bertenaga, diciptakan khusus untuk G 63 ini diakhiri dengan tiga tip ekzos hitam atau krom yang keluar dari kiri atau kanan kenderaan.

Untuk model varian yang lebih rendah seperti G350d dan 400d, terdapat sistem ekzos yang berbeza ditawarkan dengan dua tip ekzos berwarna hitam pada kiri dan kanan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Model G-Class edisi terhad ini menggunakan asas daripada varian G 550 dengan nadi V8 turbo…
Berita Global
Selain daripada kenderaan komersial, Force Motors turut mengeluarkan kenderaan di dalam segmen…
Berita Global
Kali ini, Brabus memperlihatkan model baharu P 900 Rocket Edition dengan angka produksi terhad…