Classic Defender V8 by Works Bespoke, Defender tempahan khas, lebih RM1 juta!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Classic Defender V8 by Works Bespoke
Classic Defender V8 by Works Bespoke
Land Rover Defender mempunyai peminat di serata dunia. Dek kerana peminat yang tegar, terdapat banyak syarikat menawarkan kerja baik pulih.

Ini pula khidmat tempahan khas yang menawarkan Classic Defender V8 by Works Bespoke.

Pelanggan boleh memilih Defender 90 atau 110 yang hanya diambil dari unit tahun 2012 sehingga 2016 dan dipilih secara teliti.

Proses baik pulih dimudahkan di mana pelanggan disediakan khidmat konfigurasi digital Land Rover Classic untuk projek mereka.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
Classic Defender V8 by Works Bespoke

 

Pelanggan turut menerima bantuan dari Classic Works di Conventry, United Kingdom dan Essen, Jerman.

Bukan sahaja tampil segar dan baharu, Classic Defender V8 turut perkasa dengan enjin Land Rover 5.0 liter V8 petrol yang menghasilkan 405 kuasa kuda dan 515Nm.

Kuasa tersebut disalurkan kepada roda melalui kotak gear automatik ZF lapan kelajuan dan sistem pacuan semua roda. Kelajuan tertinggi mencecah 170 kilometer sejam.

 

 Classic Defender V8 by Works Bespoke

 

Brek dari Alcon empat omboh menjalankan tugas dengan padanan cakera 335 milimeter (mm) di depan dan 300 mm di belakang.

Untuk pengendalian, Kit Naik Taraf Ampaian Defender dipasang bersama pegas gegelung Eibach dengan kadar kekenyalan baharu.

Turut dipasang peredam Bilstein dan bar antigoleng Eibach.

 

Classic Defender V8 by Works Bespoke

 

Warna badan juga menarik dengan tema berikut:

  • SV Metallic: Sunset Gold, Sunrise Copper dll
  • Heritage: Balmoral Green, Marine Blue dll
  • Contemporary: Corinthian Bronze, Firenze Red dll
  • Bumbung: Sepadan dengan badan atau berlawanan

Selain warna, pelanggan ditawarkan aksesori berikut:

  • Jeriji Heritage, Standard atau Adventure
  • Perkakasan Silver atau Black Pack
  • Rim 16 Wolf, 18 inci Sawtooth
  • Pemijak sisi, rak bumbung, tangga, winc, lampu bumbung gaya klasik atau lampu LED
Classic Defender V8 by Works Bespoke

 

Semua Defender V8 menggunakan lampu besar LED dan dipadan bersama Heritage Lighting atau Crystal Lighting Pack.

Bahagian dalam tampil moden dan mewah dengan tombol gear 'pistol' dan balutan kulit dalam pilihan warna Caraway, Liberty Blue dan Garnet.

Untuk nampak berbeza dan membelai badan, Works Bespoke menawarkan kerusi Premium atau Recaro.

 

Classic Defender V8 by Works Bespoke

 

Konsol tengah menempatkan Sistem Maklumat Hibur Land Rover Classic dengan skrin sentuh 3.5 inci dan fungsi navigasi satelit, radio DAB dan Bluetooth.

Pelanggan yang mahu pakej lebih istimewa ditawarkan Adventure Pack dengan kotak khemah atas bumbung dan tangga.

Lebih istimewa ialah pakej Ply Guys Camper Conversion yang menukar kabin belakang menjadi ruang khusus untuk kegunaan semasa mengembara.

 

Classic Defender V8 by Works Bespoke

 

Harga untuk Classic Defender V8 by Works Bespoke bermula daripada 190,000 pound (RM1,079,283) bagi model 90 Station Wagon empat tempat duduk.

110 Station Wagon lima tempat duduk dan 110 Station Wagon tujuh tempat duduk masing-masing daripada 199,000 pound (RM1,130,394) dan 204,000 pound (RM1,158,824).

Bermain dengan Lan Roba tidak pernah murah!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Classic Defender V8 by Works Bespoke