CJPT tingkatkan neutraliti karbon di Asia melalui acara pandu uji di Thailand

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Empat syarikat di dalam Commercial Japan Partnership Technologies Corporation (CJPT), iaitu Isuzu Motors Limited, Toyota Motor Corporation, Suzuki Motor Corporation dan Daihatsu Motor Co Ltd, bersama-sama dengan Hino Motors Ltd mengadakan acara pandu uji dengan kerjasama Toyota Motor Thailand Co Ltd dan memperkenalkan kenderaan komersial untuk pelbagai kegunaan.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

CJPT ditubuhkan pada April 2021 dengan tujuan mempercepatkan pelaksanaan dan mempopularkan Teknologi CASE ke arah menyelesaikan cabaran pengangkutan dan mencapai masyarakat neutraliti karbon.
 

2


Susulan kerjasama dengan Kumpulan Charoen Pokphand (CP) yang diumumkan Disember tahun lalu, CJPT menyasarkan untuk mengembangkan perkongsian di Asia, termasuk dalam bidang bekalan tenaga, penyelesaian mobiliti seperti penyediaan kenderaan dan logistik pengurusan, dan penyelesaian data, dengan menyepadukan kekuatan setiap syarikat.

Baca: Toyota dan CP bekerjasama ke arah neutraliti karbon di Thailand

Dalam usaha ke arah neutraliti karbon, rangkaian kuasa kenderaan yang dicari oleh pelanggan mungkin berbeza bergantung pada situasi tenaga dan penggunaan pelanggan di setiap negara atau wilayah, dengan pelbagai pilihan seperti Kenderaan Elektrik Hibrid, Kenderaan Elektrik Bateri, dan Sel Bahan Api Kenderaan Elektrik.
 

hiace

 

Oleh itu, ianya penting untuk menyediakan penyelesaian mobiliti optimum mengikut kepada persekitaran serantau dan keperluan pelanggan.

Acara pandu uji itu merupakan sebahagian daripada langkah memperluaskan aktiviti dengan lebih ramai rakan kongsi dan akan mempercepatkan lagi usaha CJPT untuk merealisasikan neutraliti karbon di Thailand.

 

4

 

CJPT akan terus berusaha untuk menggunakan teknologi penyahkarbonan dengan mengintegrasikan pengetahuan mereka dan bekerjasama bersama pihak berkepentingan yang berfikiran untuk menyumbang kepada perubahan di Asia.

Antara model kenderaan dipamerkan pada acara tersebut ialah:

  • TOYOTA SORA
  • HINO FCEV Heavy Duty Truck
  • ISUZU & TOYOTA FCEV Light Duty Truck
  • TOYOTA Granace FCEV
  • TOYOTA HILUX REVO BEV Concept
  • TOYOTA LPG-HEV Taxi Concept
  • SUZUKI EVERY Small Van
  • DAIHATSU HIJET Small Van
  • TOYOTA e-Palette YAMAHA H2 ROV(Buggy)