Civic Type R terputus dua, pemandu dan penumpang terselamat!

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah Honda Civic Type R terputus dua dalam satu kemalangan di Denver, Colorado baru-baru ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Video rakaman yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Vincent Nieto memaparkan keadaan hot hatch berwarna biru yang terputus dua setelah dilanggar dari arah sisi di persimpangan Jewell Avenue dan Federal Boulevard.

Menurut Renee Gutierrez-Martinez, Civic Type R itu dimiliki oleh anak perempuannya, dan dipandu oleh teman lelakinya ketika kejadian tersebut berlaku.

 


Teman lelaki pemilik Civic ini, Kevin Acosta mendakwa mereka telah dilanggar oleh seorang pemandu kereta jenis Volvo berusia lanjut ketika melintasi persimpangan.

Impak pelanggaran tersebut menyebabkan Honda tersebut diseret ke arah tiang lampu sebelum terputus dua.

Mujur tiada penumpang di bahagian belakang sewaktu Civic Type R itu terputus dua, dan kedua-dua pemandu dan penumpang berjaya keluar tanpa sebarang kecederaan parah.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Di Amerika Syarikat, Honda telah menghentikan sementara penjualan bagi model tersebut disebabkan…
Berita Global
Diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun, Honda Civic Type R 2023 membawakan nadi turbo 2.0 liter…
Berita Global
Dalam notis yang dipaparkan di laman web rasmi, Honda meminta maaf kepada para pelanggan telah…