Civic Type R kurang kuasa? Cuba kit naik taraf sistem bahan api dari Hondata

oleh Mohamad Hanif|
Honda Civic Type R secara asasnya merupakan sebuah hot hatch yang berkuasa, dengan angka output standard 306 kuasa kuda dan 400 Nm dari kilang, ia bukanlah calang-calang hot hatch.

Namun, wujud di kalangan kita mereka yang tetap tidak berpuas hati dengan kuasa kuda standard kilang, dan gatal tangan untuk memastikan Type R mereka lebih pantas di jalanan.

Berita baik, Hondata mendengar permintaan golongan ini dan penala tersebut membawakan kit naik taraf sistem bahan api yang mampu meningkatkan kuasa kepada 375 hp dan daya kilas 575 Nm!

 


Kit tersebut merangkumi pemancit bahan api, pam bahan api, pam suntikan terus dan sistem perpaipan aliran tinggi serta unit Hondata FlashPro dengan beberapa talaan ECU yang bersesuaian.

Kit ini telah diuji oleh Hondata menggunakan Civic Type R yang telah dimodifikasi dengan intercooler yang dinaiktaraf dan penukar bermangkin jenis aliran tinggi, dan angka 375 hp itu mampu dicapai dengan hanya menggunakan bahan api RON91!

 


Malah, dengan naik taraf sistem bahan api ini, anda boleh menggunakan bahan api yang lebih mahal seperti campuran RON91 dan ethanol 46 peratus untuk mendapatkan kuasa setinggi 415 hp/607 Nm.

Atau angka yang lebih tinggi 477 kuasa kuda dan 594 Nm boleh dicapai sekiranya anda menaiktaraf turbo serta bahan api 40 peratus ethanol.

 


Untuk menggunakan kit ini, anda perlu membayar kos sebanyak $695 (RM2,988) serta bayaran tambahan $500 (RM2,150) untuk menyahkunci ECU kilang sebelum memulakan talaan, serta opsyen tambahan $2,850 (RM12,255) untuk naik taraf sistem bahan api.

Sumber: Hondata

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Dengan kehadiran kelibat model Civic Type R ini, berkemungkinan besar Honda merancang pengenalannya…
Berita Global
  Di United Kingdom Honda baru saja mengumumkan kesemua Civic Type R Limited Edition yang…
Berita Global
Adakah ini bermakna satu hari nanti, akan ada model Type R berkuasa elektrik?  Jawapan Hideki…