Civic Type R dan e:HEV raih anugerah Performance Car of the Year di Jepun!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda Civic Type R Jepun 2022
Honda Civic Type R Jepun 2022
Pada Oktober lalu penulis Careta, Mohamad Hanif diberi kesempatan untuk memandu uji Civic e:HEV di Litar Antarabangsa Sepang.

Civic e:HEV dikuasakan enjin 2.0 liter dengan motor elektrik dan akronim HEV merujuk kepada hybrid elektrik vehicle.

Di atas kertas enjin itu menghasilkan 143 PS dan tork 189Nm dengan motor elektrik berkuasa 184 PS dan tork 315Nm.

Angka tersebut menunjukkan kuasa yang mengujakan dan apa hasil pandu uji Hanif?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Honda Civic e:HEV Jepun 2022

 

Memberangsangkan dengan pecutan lebih pantas daripada Civic 1.5 liter turbo! Transmisi e-CVT juga beroperasi dengan cekap dan lebih senyap.

Selain itu, tahap pengendalian juga lebih baik daripada Civic turbo dan sangat lincah di selekoh. 

Ketegaran casis Civic e:HEV telah dipertingkatkan untuk pengendalian yang lebih mengujakan.

Daripada laporan Hanif jelas bahawa Civic e:HEV memang sedap untuk dipandu.

Terbaru Honda mengumumkan Civic e:HEV dan Civic Type R menang kategori Performance Car of the Year di dalam anugerah Japan Car of the Year (JCOTY) 2022-2023.

Japan Car of The Year 2022-2023

Anugerah JCOTY bukan calang-calang dan dianjurkan sejak tahun 1980.

Menariknya, kedua-dua model Civic berkongsi anugerah dan masing-masing dibangunkan dengan konsep berbeza. 

Kemenangan Civic di dalam kategori berprestasi adalah yang pertama untuk kereta buatan Jepun selepas Chevrolet Corvette dan BMW Alpina B3 menang pada dua sesi sebelum ini.

Menurut Pengurus Pembangunan Siri Civic, Honda Motor Co., Ltd., Tomoyuki Yamagami, Civic e:HEV dibangunkan untuk pecutan yang tangkas dan prestasi alam sekitar yang tinggi.

 

Honda Civic eHEV Sepang 2022

 

Civic Type R pula dibangunkan untuk menjadi sebuah kereta sport enjin dan roda depan (FF) yang berkuasa.

Dari kedua-dua model tersebut boleh disimpulkan Honda pandai mengolah Civic untuk memenuhi dua citarasa berbeza.

Bayangkan sebuah kereta yang sama tetapi halatuju berbeza ibarat satu ke timur dan satu lagi ke barat.

Paksi kedua-dua model itu diletakkan pada prestasi dan siapa sangka sebuah kereta hibrid begitu sedap dipandu. 

 

Honda Civic Type R Jepun 2022

 

Ini menunjukkan bahawa kereta hibrid tidak semestinya membosankan dan elemen keseronokan pemanduan boleh disebatikan pada kereta mesra alam.

Civic Type R pula membawa legasi ikonik Type R yang kini memasuki usia ke-30 sejak NSX Type R dikeluarkan pada 1992.

Anugerah keseluruhan JCOTY 2022-2023 dimenangi oleh Nissan Sakura dan Mitsubishi ek Cross EV.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…