Civic Type R, Civic e:HEV sah hadir tahun hadapan!

oleh Mohamad Hanif|
gambar sekadar hiasan
Menyusuli pelancaran rasmi Honda Civic Hatchback 2022 beberapa hari yang lalu, Honda turut mengesahkan kehadiran varian baharu yang bakal tiba menjelang tahun 2022.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Salah satu varian yang dimaksudkan itu adalah Civic dengan trenkuasa hibrid, atau lebih tepat lagi Civic e:HEV yang datang dengan sistem hibrid motor berkembar seperti yang dimuatkan pada model-model seperti HR-V e:HEV dan City e:HEV.

Pada model HRV e:HEV, sistem ini menggandingkan dua motor elektrik dengan enjin 1.5 liter i-VTEC yang menghasilkan kuasa setinggi 131 PS dan 253 Nm, di mana enjin tersebut bertindak sebagai penjana kuasa kepada motor elektrik itu tadi.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada sistem e:HEV ini bakal dimuatkan pada kedua-dua versi sedan dan hatchback.

Selain daripada sistem e:HEV, Civic yang paling dinanti-nantikan semestinya Civic Type R yang bakal membuat kemunculan pada tahun hadapan.

Berdasarkan laporan terdahulu, Civic Type R masih lagi membawakan trenkuasa yang serupa, iaitu enjin 2.0 liter namun dengan peningkatan kuasa yang lebih tinggi berbanding Civic Type R FK8.

Malah, Honda juga turut mengesahkan Civic Type R bakal menjadi model petrol terakhir yang bakal dijual di Eropah sebelum mereka beralih sepenuhnya kepada penjualan kenderaan elektrik.

Baca: Honda Civic Type R -  Apa yang perlu anda tahu?

Baca: Honda Civic Type R jadi model petrol terakhir dijual di Eropah

Berita Berkenaan

Berita Global
  Angka 315 hp meletakkannya sebagai model produksi Civic Type R paling berkuasa pernah dijual di…
Berita Global
Ia adalah berpunca daripada masalah ketidaktentuan bekalan komponen yang diakibatkan oleh pandemik…
Berita Global
  Model ini memberi bayangan kepada model pengganti yang akan bersaing di dalam kelas GT500 musim…