Civic Type R catat masa terpantas di Spa-Francorchamps!

oleh Mohamad Hanif|
Honda nampaknya tidak jemu meneruskan usaha mereka menakluk litar-litar utama terkemuka di dunia dengan jentera pacuan roda hadapan mereka, Honda Civic Type-R.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Setelah mencapai kejayaan pada litar berprestij Nurburgring dan litar Magny-Cours di Perancis, kini mereka kembali lagi dengan mangsa terkini, Spa-Francorchamps.


Menggunakan khidmat pemandu SuperGT dan LMP2 Bertrand Baguette, beliau mencatatkan masa pusingan terpantas pada 2 minit 53.72 saat dengan mengemudi jentera Civic Type-R itu. 

Menurut Bertrand Baguette, pengendalian Civic Type R sememangnya dilahirkan untuk menjadi juara di litar, dan tahap keselesaannya juga amat baik untuk digunakan sebagai kenderaan seharian. 

Ini merupakan cubaan ketiga dari Honda di dalam usaha memecahkan rekod terpantas menggunakan jentera Type R FK8R. 
 


Di litar Magny-Cours, Perancis bulan lepas, Honda mencatatkan pusingan terpantas dengan catatan masa sebanyak 2 minit 1.51 saat selepas mereka melakukan aksi yang sama di Nurgburgring dengan catatan masa 7 minit 43.08 saat pada tahun 2017.

Yang pasti, ini bukan cubaan terakhir daripada Honda. Mereka akan kembali meratah mangsa seterusnya. 

Saksikan video cubaan terbaharu Honda di bawah ini. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menariknya, biarpun Honda Civic Type R mempunyai tetapan casis dan suspensi yang lebih sporti…
Berita Global
Ketepikan mitos itu sebab penulis sendiri tidak mempunyai sebuah Honda dan telah pun melangsungkan…
Berita Global
Honda Civic Type R 2023 (FL5) dikatakan berjaya mencatatkan rekod terpantas di Nurburgring…