Civic Type R 2022 bakal jadi model enjin petrol terakhir Honda untuk Eropah

oleh Mohamad Hanif|
gambar hiasan: All About Cars PH
Tahun 2030 bakal menyaksikan benua Eropah akan mula menjual kereta-kereta plug-in hybrid dan kereta elektrik sahaja, manakala kereta dengan enjin pembakaran dalaman akan diharamkan penjualannya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Disebabkan peraturan yang semakin ketat ini, terdapat banyak kenderaan yang kini sudah mula mengikuti trend penurunan sesaran enjin, dan rata-ratanya kini menggunakan enjin tiga silinder sebaris.

Menurut laporan daripada Autocar, Honda juga tidak mahu ketinggalan dan turut menjanjikan untuk memperkenalkan barisan model hibrid untuk pasaran tersebut menjelang tahun 2022, kecuali satu model khas.

Model yang dimaksudkan adalah Honda Civic Type R dan ia bakal menjadi model terakhir dengan enjin pembakaran dalaman konvensional untuk benua Eropah.

 

sumber gambar: Bestcar


Beberapa laporan terdahulu mencadangkan hot hatch generasi baharu ini bakal menampilkan sistem hibrid dengan pacuan semua roda, namun difahamkan Honda akan kekal menggunakan resipi asal Type R seperti pacuan roda hadapan dan enjin 2.0 liter turbo.

Autocar turut menyebut beberapa penambahbaikan yang bakal dibuat termasuklah peningkatan kuasa dan penggunaan pengecas turbo untuk pengedaran daya kilas yang dipertingkat.

Paling penting, Honda telah mengesahkan bahawa Honda Civic Type R akan mengekalkan ciri yang diminati oleh penulis - transmisi manual dan tetapan tiga pedal!

 


Tahun lalu, Honda telah memperlihatkan Civic Prototype 2022 yang dikatakan bakal memasuki produksi sebagai Civic generasi kesebelas, dengan penggayaan yang lebih elegan.

Ia bakal mengekalkan dua bentuk badan yang dikenali umum, iaitu sedan dan hatchback, serta versi prestasi tinggi Civic Type R.

Baca: Honda Civic Type R - Enam Perkara Yang Perlu Anda Tahu

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Menariknya, biarpun Honda Civic Type R mempunyai tetapan casis dan suspensi yang lebih sporti…
Berita Global
Ketepikan mitos itu sebab penulis sendiri tidak mempunyai sebuah Honda dan telah pun melangsungkan…
Berita Global
Honda Civic Type R 2023 (FL5) dikatakan berjaya mencatatkan rekod terpantas di Nurburgring…