Civic Mugen RR ini berharga RM setengah juta!

oleh Mohamad Hanif|
Honda Civic Type R (FD2R) boleh dianggap sebagai kemuncak kepada segala kereta pantas Type R yang pernah dihasilkan oleh Honda - ia sebuah sedan empat pintu, praktikal, dan masih lagi boleh dipandu dengan pantas ketika sesi trackday.

Ia juga merupakan antara sedan Honda yang digemari ramai disebabkan bentuk dan rekaannya yang malar segar, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

 


Namun, pada tahun 2007 Honda juga turut menawarkan 300 unit sedan FD2R yang lebih hardcore, digelar sebagai Civic Mugen RR.

Apa yang menariknya pada Civic Mugen RR ini adalah talaan khusus yang diberikan oleh Mugen kepada enjin 2.0 liter K20 seperti camshaft, sistem kemasukan serba baharu, sistem ekzos baharu serta ECU yang ditala semula supaya kuasa meningkat kepada 237 hp (daripada 222 hp).

 


Civic Mugen RR ini juga turut menjalani diet pengurangan berat sebanyak 165 kg, terima kasih kepada penggunaan gentian karbon pada beberapa bahagian seperti bampar hadapan, tempat duduk jenis bucket Recaro SP-X serta hud daripada bahan aluminium.

Keempat-empat sudut dipasangkan dengan rim bespoke Mugen bersaiz 18 inci, diikuti sistem suspensi yang dinaiktaraf manakala bahagian belakang pula menampilkan sayap yang boleh dilaras.

 


Unit yang dipamerkan dalam artikel ini sebenarnya datang dari pakar pengimport kenderaan UK, Torque GT dan bersedia untuk mencari rumah baharu.

Harga yang diminta untuk sedan edisi terhad dengan jarak perbatuan 52,947 km ini? £89,995 atau RM529,007 mengikut kadar pertukaran mata wang semasa.

Sumber: Torque GT

Berita Berkenaan

Berita Global
Skema warna badan kelabu dan emas menaikkan imej retro dan sepit udang terbalik (USD) 31 mm juga…
Berita Global
  CL250 menggunakan rangka berlian dan nampak sedikit pelik pada bahagian tangki. Biasanya…
Berita Global
Dibangun menggunakan platform yang sama digunakan oleh Hornet, Honda XL750 Transalp ini turut…