Kini, saluran Youtube Life OD menaiktaraf projek gila mereka dengan memuatkan sebuah skuter di atas ruang enjin bagi menggerakkan Honda Civic EF.
Tidak seperti projek terdahulu, Civic berkuasa skuter ini boleh dioperasikan oleh dua orang pada satu-satu masa, seorang 'menunggang' di atas skuter manakala kawannya pula mengendalikan stereng dan gear di dalam kabin kereta.
Ya, seperti yang anda jangkakan, kotak gear asal Civic ini sebenarnya masih lagi dikekalkan supaya kereta ini boleh bergerak dengan baik termasuk mengundur walaupun kuasa yang dihamburkan oleh enjin skuter itu tidaklah berkeupayaan mencapai dua digit.

Tidak cukup dengan itu, mereka turut membawa Civic berkuasa skuter ini ke acara Honda Fest yang terletak di Thompson Speedway, Connecticut untuk melihat reaksi orang ramai terhadap hasil kerja gila ini.
Anda boleh melihat sendiri reaksi orang ramai terhadap rekaan luar biasa ini menerusi pautan di bawah:
Baca: Civic berkuasa 2 HP