Citroen sah tarik diri dari WRC - mula tahun hadapan

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu pengumuman mengejut yang dibuat oleh Citroen, pengeluar dari Perancis itu memutuskan untuk menarik diri daripada penglibatan di dalam World Rally Championship (WRC).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Keputusan itu dibuat setelah PSA Group meneliti dan menyusun kembali aktiviti perlumbaan jenama di bawah naungannya. 

Keputusan ini turut didorong dengan tindakan juara dunia enam kali Sebastien Ogier yang mengumumkan penarikan diri daripada pasukan WRC Citroen untuk musim hadapan. 

Citroen Racing dalam satu kenyataan menjelaskan penarikan diri daripada WRC adalah disebabkan "ketiadaan pemandu kelas pertama untuk musim perlumbaan 2020" selain tidak menafikan faktor komersil juga turut menjadi faktor utama.

Sebastien Ogier menyertai pasukan Citroen Racing pada tahun 2009-2011 sebelum menyertai pasukan Volkswagen dan memandu VW Polo R WRC selama empat tahun. 

Beliau kemudian menyertai pasukan M-Sport Ford dan mengendalikan Ford Fiesta WRC selama dua tahun sebelum menyertai kembali pasukan Citroen Racing selama setahun. 
 


Menurut laporan daripada motorsport.com, Ogier dikatakan bakal menyertai pasukan Toyota untuk musim perlumbaan tahun hadapan. 

Manakala pemandu pasukan Toyota, Estonian Ott Tanak pula mengumumkan kemasukannya ke dalam pasukan Hyundai untuk siri perlumbaan tahun 2020.

Dengan penarikan diri Citroen daripada dunia WRC, hilanglah satu lagi nama yang ikonik dan mempunyai sejarah yang panjang, namun ini membolehkan Citroen memfokuskan kepada strategi jenama dan pelancaran kereta yang dielektrifikasikan untuk tahun ini. 

Menurut CEO Citroen Linda Jackson mengakui mereka tidak mahu keadaan ini berlaku, namun mereka tidak dapat membayangkan musim perlumbaan tahun hadapan tanpa kehadiran Sebastien Ogier. 

Sepanjang penglibatan Citroen di dalam WRC, mereka berjaya memenangi gelaran juara pemandu dengan Sebastien Loeb dan Ogier sebanyak sembilan kali dan lapan kali di dalam kategori pengeluar. 

Tahun ini, Citroen hanya sekadar memperoleh tempat ketiga di dalam kedua-dua kategori. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Setiap satu dijual pada harga bermula dari €42,490 (RM216,333).   Toyota GR Yaris WRC boleh…
Sukan Bermotor
Pengeluar yang sinonim dengan enjin boxer itu menarik diri daripada WRC pada tahun 2008 atas alasan…
Sukan Bermotor
Subaru Motorsports USA baru-baru ini memperlihatkan jentera ampuh yang bakal digunakan untuk musim…