Citroën eC3 2023 - EV mampu milik untuk pasaran India, jarak gerak 320 km

oleh Mohamad Hanif|
Citroën baharu sahaja memperlihatkan model SUV berkuasa elektrik eC3 untuk pasaran India, di mana harga jualan hanya akan diumumkan kelak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Citroën eC3 sememangnya nampak seiras dengan model kembarnya yang menggunakan enjin petrol, di mana perkongsian komponen antara kedua-dua model ini bertujuan untuk mengoptimasikan kos pembangunan selain mencapai skala ekonomi yang lebih baik.

Membezakan antara kedua-dua model tersebut ialah ketiadaan tip ekzos serta port pengecasan yang terletak pada bahagian fender hadapan.
 

ec3


Untuk ruang kabin pula, Citroën menggantikan penggunaan tombol gear asal kepada butang kawalan pemanduan tipikal untuk sebuah kereta elektrik.

Versi tertinggi eC3 mendapat ciri seperti skrin infotainmen 10.2 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto nirwayar, sistem audio dengan empat pembesar suara, tempat duduk pemandu boleh laras ketinggian, tidak ketinggalan ciri keselamatan seperti dua beg udara, ABS dan EBD.
 

ec3


Menurut laporan Autocar India, Citroën eC3 dibekalkan dengan pek bateri 29.2 kWh yang diperoleh daripada firma China Svolt, membenarkan jarak gerak sehingga 320 km (data ARAI).

Motor elektrik berkuasa 57 hp dan 143 Nm itu digunakan untuk memacu roda hadapan, dengan pecutan 0-100 km/j sepantas 6.8 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 107 km/j.

Citroën eC3 menyokong pengecasan AC 3.3 kW, di mana pengecasan di rumah boleh mencapai sehingga 10.5 jam.
 

Ec3


Terdapat juga pengecasan pantas DC yang membolehkan pek bateri dicas 10 hingga 80 peratus dalam tempoh 57 minit sahaja.

Di India, Citroën eC3 disasarkan menjadi pesaing kepada sebuah EV murah - Tata Tiago EV dengan kapasiti pek bateri 24 kWh dan jarak gerak sehingga 315 km.

Citroën eC3 ini boleh ditempah bermula 22 Januari ini di mana unit awalan akan tiba di pusat pengedar India pada bulan Februari.

Citroën juga merancang untuk mengeksport model EV mampu milik ini ke pasaran lain.

Sumber: Autocar India

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mereka semua telah disambut oleh Ketua Pegawai Operasi bagi ASEAN, Daniel Gonzalez dan Pengarah…
Berita Domestik
Ia merupakan sebahagian daripada peralihan Stellantis untuk menjadikan Stellantis Malaysia sebagai…
Berita Domestik
Untuk pasaran Malaysia, kumpulan itu sekarang diwakili oleh Peugeot sahaja dan bulan November lalu…