Citroën ë-SpaceTourer, MPV 100% elektrik dan 9 penumpang

oleh Muhammad Md Tajudin|
 Citroën ë-SpaceTourer
Citroën ë-SpaceTourer
Penggunaan rangkaian kuasa (powertrain) elektrik semakin serius apabila pelbagai segmen kenderaan sudah menggunakannya. Kenderaan elektrik (EV) bukan untuk kereta bandar atau sedan sahaja dan kini sudah menjangkau MPV seperti Citroën ë-SpaceTourer ini.

Maknanya apa? Ketua keluarga boleh memandu untuk bersiar-siar atau ke mana yang dihajati tanpa meninggalkan ahli keluarga di rumah.

Dengan ini juga, EV tidak perlu mempunyai rupa unik dan tersendiri kerana ë-SpaceTourer nampak seperti MPV kebanyakan.

Satu fakta menarik ialah, ë-SpaceTourer bukan sebuah MPV baharu, ia sebenarnya adalah MPV elektrik yang diasaskan dari SpaceTourer 2016 dan mempunyai varian van komersial.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
 Citroën ë-SpaceTourer

 

Satu lagi fakta menarik ialah SpaceTourer dibina dari platform PSA EMP2 dan turut diguna sebagai Peugeot Traveller dan Toyota ProAce Verso. 

Untuk skala ekonomi, strategi begini memang bagus ditambah pula dengan enjin diesel dan kini elektrik.

Dari segi teknikal, ë-SpaceTourer boleh dipandu sejauh 230 km (WLTP) dan dibekalkan pek bateri lithium-ion 50 kWH dengan 18 modul individu (berasingan). 

Pek bateri tersebut dipasang di bawah lantai seterusnya tidak menggangu ruang dalaman dan simpanan barang. Tempoh waranti untuk bateri ialah lapan tahun atau 100,000 batu (160,934 km).

 

 Citroën ë-SpaceTourer

 

Kuasa maksimum ë-SpaceTourer ialah 100 kW (136 hp atau 260 Nm). Kelajuan maksimum pula 130 km/j dalam ketiga-tiga mod Eco, Normal dan Power.

Tiga mod tersebut mempunyai tetapan berbeza seperti di bawah:

  • Normal: 80 kW/210 Nm. Keseimbangan terbaik di antara jarak dan prestasi.
  • Eco: 60 kW/190 Nm. Mengoptimumkan penggunaan tenaga dengan mengurangkan output pemanas atau penghawa dingin tanpa menutupnya secara penuh dan dengan mengurangkan daya kilas dan kuasa motor.
  • Power: 100 kW/260Nm. Kuasa pemanduan yang menyeronokkan. 

Untuk pengecasan pula ada tiga mod seperti di bawah:

  • Kediaman atau setara: Memerlukan kabel mod 2.
  • Persendirian atau pengecasan dipercepatkan: Memerlukan Wallbox dan kabel mod 3. Pengecasan dari sifar hingga 100 peratus kurang daripada lapan jam (Wallbox 7.4 kW).
  • Pengecasan super pantas: Menggunakan poin pengecasan mod 4. Sehingga 100 kW. Boleh mengecas bateri 50 kWh sehingga 80 peratus dalam masa 30 minit.

 

 Citroën ë-SpaceTourer

 

Di United Kingdom ada dua varian ditawarkan iaitu ë-SpaceTourer ‘Feel’ dengan lima, tujuh atau lapan tempat duduk.

Varian ini disasarkan kepada keluarga besar atau mereka yang gemar berjalan bersama rakan-rakan.

Satu lagi varian ialah ë-SpaceTourer ‘Business’ dengan lima sehingga sembilan tempat duduk. Varian ini sesuai untuk kegunaan pengangkutan seperti hotel, teksi dan sebagainya.

Berdasarkan jarak pemanduan, ë-SpaceTourer tidak boleh dibawa jauh namun teknologi elektrik untuk sebuah MPV adalah sesuatu yang bagus. 

Ianya langkah permulaan positif sebelum MPV elektrik menjadi arus perdana dan disambut pengeluar lain.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

 Citroën ë-SpaceTourer