Citroen C3 Aircross baharu dilancarkan - harga dari RM115,888, percuma servis tiga tahun!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Naza Euro Motors Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jenama Citroen di Malaysia baharu sahaja melancarkan SUV segmen B iaitu Citroen C3 Aircross. 

Pelancaran ini juga diadakan bersempena ulang tahun yang ke-100 tahun Citroen sebagai sebuah jenama 'people minded' dan membawakan gaya hidup yang diinspirasikan oleh manusia. 
 


Citroen C3 Aircross dikuasakan oleh enjin 1.2 liter PureTech turbo yang mampu menjana 112 PS dan daya kilas 205 Nm yang masuk penuh dari putaran enjin 1,500 rpm. 

Kuasa pecutan diterjemahkan kepada masa 10.4 saat dari 0-100 km/j, terima kasih kepada penggunaan transmisi automatik enam nisbah kelajuan Tiptronik. 
 


Citroen C3 Aircross walaupun kecil akan tetapi masih mampu memberikan ruang kargo sebesar 410 liter yang boleh diperluaskan kepada 520 liter apabila tempat duduk direndahkan. 

Ruang dalaman juga tampak luas, terutama rekaan papan pemuka yang pintar merangkumi skrin paparan bersaiz 7 inci di tengah-tengah yang membawakan fungsi Android Auto, Apple CarPlay, MirrorLink, Wifi dan Bluetooth. 
 


Bagi memastikan keselamatan penumpang terjamin, Citroen C3 Aircross hadir dengan penawaran enam buah beg udara, Program Kestabilan Elektronik, Bantuan Brek Kecemasan, cagak ISOFIX, dan kamera keliling sekaligus melayakkannya untuk menerima penganugerahan lima bintang EURO NCAP. 

SUV ini didatangkan dengan penawaran empat warna pilihan, iaitu Soft Sand, Natural White, Passion Red dan Breathing Blue, di mana warna Soft Sand dan Natural White masing-masing menampilkan elemen warna jingga di ruang dalaman.
 


Harga jualan pula bermula dari RM115,888.00 atas jalan tanpa insurans dan didatangkan dengan jaminan lima tahun atau 120,000 km jarak perbatuan yang mana terdahulu. 

Citroen juga turut menawarkan bantuan tepi jalan 24 jam dan akses eksklusif kepada SkyLounge by NAZA di Subang Park, manakala untuk 100 pelanggan pertama C3 Aircross SUV ini bakal menerima tawaran tiga tahun servis percuma. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mereka semua telah disambut oleh Ketua Pegawai Operasi bagi ASEAN, Daniel Gonzalez dan Pengarah…
Berita Domestik
Ia merupakan sebahagian daripada peralihan Stellantis untuk menjadikan Stellantis Malaysia sebagai…
Berita Domestik
Untuk pasaran Malaysia, kumpulan itu sekarang diwakili oleh Peugeot sahaja dan bulan November lalu…