Citroen Berlingo 2CV Fourgonnette - inspirasi daripada model klasik 2CV

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat pembina koc Itali, Caselani menawarkan pakej yang membolehkan para pemilik Citroen Berlingo tampil dengan imej yang serba retro diinspirasikan daripada model klasik Citroen 2CV yang wujud era 1950-an.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pakej luaran kit badan gentian kaca Berlingo 2CV Fourgonnette ini dihasilkan oleh pereka David Obendorfer.
 

2CV


Apa yang dibuat adalah dengan mencipta rekaan gril baharu dengan garis luar berbentuk huruf M, logo chevron Citroen krom di bahagian tengah, diikuti rekaan hud enjin baharu dengan corak beralun, dan unit lampu depan berbentuk bulat.

Bahagian panel sisi van ini juga turut menampilkan corak beralun yang lebih bersifat kosmetik semata-mata, berbanding tujuan asal untuk menguatkan tahap ketegaran badan pada model original 2CV.
 

2CV


Elemen klasik turut diteruskan pada bahagian belakang dengan rekaan tingkap yang lebih kecil berbentuk oval, serta unit lampu berbentuk bulat.

Caselani menawarkan pakej kit badan retro ini bukan sahaja untuk van panel, malah ia boleh dipasangkan pada van penumpang Berlingo, dan tidak tertakluk kepada model berenjin pembakaran dalaman semata-mata.

Tempahan untuk kit badan retro ini akan dibuka pada 1 Oktober ini, sebelum produksi dimulakan sepenuhnya pada Januari 2023.
 

2cv


Model asal 2CV Fourgonnette muncul secara rasmi pada tahun 1951 dan boleh didapati dalam pelbagai versi dan bentuk badan yang membuatkannya bertahan di pasaran sehingga tahun 1987, dengan jumlah jualan keseluruhan sebanyak 1.25 juta unit.

Berita Berkenaan

Berita Global
Toyota Auto Body turut tidak ketinggalan untuk memperlihatkan sehingga empat buah model konsep,…
Berita Global
  Lelaki itu berkata, pada mulanya, dia meletakkan kedua-dua vannya di bahu  jalan  tetapi…
Berita Global
V70 didatangkan dengan platform serba baharu dan bakal bersaing secara terus dengan Ford Transit…