Citroen bakal jadi EV mampu milik di Singapura

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Tidak dinafikan, industri automotif kini semakin ke arah elektrifikasi dimana kebanyakan pengeluar sedang berlumba-lumba untuk menghasilkan EV mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kehadiran EV dari pelbagai jenama telah memberikan pelbagai pilihan kepada pembeli di seluruh dunia, terutamanya jenama dari China yang kini dilihat semakin rancak menghasilkan pelbagai jenis EV dari jenis mampu milik hinggalah jenis premium.

Jenama dari Eropah seperti Citroen juga tidak ketinggalan dalam memperkenalkan model EV mereka melalui pelancaran Citroen e-C4 bertempat di Singapore Motorshow 2023.

Pada acara bertempat di Singapura itu, Citroen telah membuat debut versi elektrik bagi model C4 yang dilahirkan semula sebagai crossover, berbanding generasi terdahulunya yang merupakan sebuah hatchback segmen A.

 

2

 

Model C4 merupakan model yang sangat menjimatkan kos sehingga ianya berjaya dicalonkan dalam kategori Value Champion untuk anugerah Car of The Year Awards di Singapura.

Versi elektrik, iaitu Citroen e-C4 itu menawarkan nilai yang hampir sama seperti versi berenjin petrol dimana harganya di Singapura bermula dari SGD169,999 (RM564,668) termasuk COE, antara EV Eropah paling murah di pasaran mereka.

Melalui sesi temu bual bersama CarBuyer, Ketua Pengedar Awam dan Asean di Stellantis, Christophe Musy berkata, “Citroen, saya akan katakan ia adalah salah satu jenama terbaik apabila dirujuk kepada ciri kehidupan praktikal,"

"kerana ianya sangat penting untuk kereta kami boleh diakses, ia mengenai menjadikan hidup anda lebih mudah. Kami mahu mendekati keperluan praktikal pelanggan kami.”

 

2

 

Stellantis merupakan pengeluar automotif keempat terbesar di dunia, hasil daripada gabungan antara FCA (Fiat Chrysler Automobiles) dan PSA Group, termasuklah Peugeot, DS, Fiat, Alfa Romeo, Chrysler, Jeep, Maserati, Opel dan juga Citroen.

Tidak seperti di Malaysia, pasaran EV di Singapura bermula dengan kemasukan model-model premium yang mahal dan tidak memenuhi standard mampu milik, harga COE juga merupakan salah satu sebab harga yang ditawarkan tidak murah.

Sebagai perbandingan, Peugeot e-2008, Opel Mokka-e, dan Citroen e-C4 semuanya menggunakan platform e-CMP yang sama.

Disebabkan itu, rasa pemanduan semua model itu hampir serupa walaupun merentasi segmen, jadi bagaimanakah Citroen merancang untuk menonjol daripada yang lain?

 

4

 

Menurut Christophe Musy, 'platformifikasi' kereta tidak dapat dielakkan, kerana pembuatan kereta moden adalah proses yang sangat intensif kos, dimana ia adalah pilihan antara rangkaian produk berdasarkan asas yang sama, atau tiada pilihan langsung."

"Ia berkongsi sebahagian komponen besar seperti platform, keselamatan, bateri dan elektronik. Tetapi, terdapat juga perbezaan yang ketara di tempat lain, seperti di kabin dan dalaman, reka bentuk, casis dan penggantungan, serta pilihan bahan."

Contohnya ialah konsep kereta bandar Citroen Oli , yang bertentangan dengan berat, kuasa dan berbateri besar, sebaliknya ia mewakili semua tentang menawarkan keberkesanan maksimum.

Christophe Musy berkata, “Oli bukan tentang peningkatan seperti lebih berat, lebih banyak bateri, tetapi kadangkala kurang adalah lebih. Jadi adalah penting untuk kami, Citroen, hanya membawa teknologi yang berguna kepada pelanggan. Dan bukan teknologi yang tidak perlu, yang membawa lebih berat, dan kos.”

 

5

 

Bagi merealisasikan matlamat yang hampir sama seperti model konsep itu, Citroen telah menghasilkan EV kecil mampu milik yang telah membuat debut di pasaran India iaitu Citroen e-C3.

Baca: Citroën eC3 2023

Christophe Musy menambah, “Bagi India, kami mempunyai program C3 elektrik, dan kereta ini mampu dimiliki, bukan sahaja kereta bandar, tetapi kereta yang bagus untuk dipandu juga."

"Ia mempunyai jarak 200km, ia akan mampu dimiliki, dan dengan teknologi terkini. Kami bermula di India, dan kami akan melihat sama ada ia boleh digunakan ke bahagian lain di Asia. Ini adalah peluang yang kami miliki dan tidak dimiliki oleh banyak jenama lain,"

Citroen e-C3 dikuasakan oleh bateri berkapasiti 29.2 kWj bersama motor elektrik tunggal yang menghasilkan 57 HP dan 143 Nm dengan jarak gerak sehingga 320 km.

 

6

 

Untuk pasaran India, e-C3 akan ditawarkan dengan harga sekitar INR900,000 (RM48,382), atau sekitar SGD14,000 (RM46,511), jika ia bakal ditawarkan di Singapura, ia mungkin berharga kurang daripada SGD130,000 (RM432,022) termasuk COE sekaligus menjadikannya EV termurah di pasaran Singapura.

Sayang sekali, walaupun dengan kewujudan kilang Stellantis di Gurun, harapan untuk EV mampu milik dari Citroen itu tiba secara rasmi mungkin tidak kesampaian untuk pasaran tempatan dengan kewujudan jenama itu yang malap di Malaysia.

Jika dilihat pada penawaran spesifikasi dan harga di India, Citroen e-C3 itu turut berpotensi untuk menjadi sebuah EV mampu milik dengan harga lingkungan RM50,000.

Dalam erti kata itu, penggubalan slogan 'teknologi kreatif' Citroen bukan sahaja bermakna teknologi atau idea baru, tetapi juga menjadikan minimalisme secara maksimum.

 

Sumber: CarBuyer

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tindakan itu berlaku adalah untuk mengurangkan kos ketika pembuat kereta itu menghadapi cabaran…
Berita Global
Mungkin pada mulanya akan timbul kurang keyakinan dengan penggunaan platform yang sama dengan Dodge…
Berita Global
Terkini, konglomerat automotif yang memiliki 14 jenama, Stellantis dilapor akan membelanjakan USD6…