Ciri pintar pada kereta hibrid BMW - mod EV dalam kawasan bandar bermula 2020

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh BMW pada Selasa lalu, kereta hibrid baharu dari pengeluar tersebut akan dilengkapi ciri penukaran kepada mod elektrik secara automatik di kawasan bandar yang tercemar. 

Ciri pintar ini akan mematikan operasi enjin dengan serta merta dan membenarkan kereta bergerak di dalam mod emisi sifar apabila sistem geolokasi mengesan kawasan yang disebutkan tadi. 

Kenderaan hibrid baharu BMW akan dilengkapi dengan ciri tersebut bermula pada tahun 2020.

Bandar-bandar yang mula mengenakan peraturan emisi yang ketat, termasuklah Rotterdam di Netherlands mengesahkan bahawa fungsi yang diperkatakan oleh BMW ini merupakan satu cara yang berkesan untuk mengurangkan kesan pencemaran terhadap kawasan bandar. 

Sumber: Reuters