Ciri keselamatan Honda Sensing 360 standard untuk semua model Honda di US menjelang 2030

oleh Mohamad Hanif|
Satu pujian harus diberikan kepada Honda, lebih-lebih lagi Honda Malaysia kerana berani menjadikan ciri keselamatan Honda Sensing sebagai satu ciri standard untuk penawaran model terbaharu mereka (walaupun bukan untuk semua).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Di luar sana, Honda berazam untuk menjadikan penawaran ciri yang lebih maju (Sensing 360 dan Sensing Elite) sebagai satu ciri piawai kepada semua model yang dijual atas jalan.
 

honda sensing


Menjelang 2030 kesemua model Honda di Amerika Syarikat bakal dilengkapi dengan ciri Sensing 360, sementara model Acura pula akan mendapat sistem yang diberikan nama AcuraWatch.

Namun, ciri Sensing 360 generasi baharu itu akan mula diperkenalkan di China terlebih dahulu pada tahun 2024 dengan membawakan penambahbaikan terhadap perisian dan perkakasan bagi mengurangkan kebarangkalian kemalangan, diikuti dengan ciri Honda Sensing Elite yang lebih menyeluruh.
 

Sensing


Honda turut merancang pembangunan baharu untuk ciri-ciri keselamatan seperti sistem swapandu dalam kesesakan trafik, fungsi bebas tangan untuk pemanduan di lebuh raya, parkir automatik dan bermacam-macam lagi.

Menurut Honda lagi, dengan adanya bantuan sistem kepintaran buatan (AI) yang berterusan merakam data dan pengalaman pemanduan dilihat mampu untuk meningkatkan keupayaan sistem mengenal pasti senario yang lebih rumit, serta mengendalikan situasi pemanduan baharu yang bertambah setiap hari.
 

Sensing


Kesemua langkah yang disebutkan tadi merupakan sebahagian daripada strategi global Honda untuk mencapai angka sifar kemalangan dan kematian menjelang 2050.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Honda, kelengkapan keselamatan terbaharu ini menjanjikan perubahan yang besar selain…