Ciri AWD standard untuk jentera AMG akan datang - bos AMG

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Divisyen AMG sebagai cabang kenderaan berprestasi tinggi Mercedes-Benz membuat keputusan untuk menjadikan ciri pacuan semua roda (AWD) sebagai ciri standard untuk semua varian AMG. 

Keputusan ini dibuat kerana menurut Tobias Moers, bos besar AMG "kebanyakan para pelanggan kami mahukan sebuah kereta AWD" kepada Autocar

Moers turut memberikan contoh ketika mereka melancarkan E-Class dengan opsyen pacuan roda belakang dan pacuan semua roda, lebih 90% daripada pelanggan Mercedes-Benz memilih AWD.

Ketika ditanya adalah langkah ini akan diperluaskan kepada model Mercedes-AMG GT, Moers tidak menolak kemungkinan akan menggunapakai sistem pacuan semua roda termaju yang diperkenalkan pada model E63 baharu. 

Sistem ini - tidak seperti pacuan semua roda terdahulu - mampu menghantar 100 peratus kuasa dan daya kilas ke roda belakang dengan hanya satu sentuhan butang fungsi (Drift Mode).

Dengan adanya ciri termaju ini, para pelanggan Mercedes-AMG boleh memilih untuk menikmati sedikit pemanduan yang menyeronokkan dan dalam masa yang sama mahukan keselamatan dan kestabilan penggunaan di dalam semua keadaan cuaca. 

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berbanding model C40 yang terdahulu, C40 2024 berupaya untuk bergerak sejauh sehingga 550 km,…
Telah Diuji
Contoh yang paling dekat ialah Kia Sorento generasi ketiga, sudahlah berkongsi platform yang sama…
Berita Global
Berdasarkan emblem yang tertera pada bahagian belakang gambar teaser yang dibekalkan, Toyota Camry…