Ciri Auto Shut Off & Automatic Park dari Toyota buat pemandu yang pelupa - bermula tahun 2020

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Toyota mengumumkan penambahan dua ciri keselamatan terbaharu bagi membantu mereka yang mengalami masalah pelupa yang kronik seperti lupa untuk mematikan enjin atau meletakkan posisi gear di P ketika berhenti. 

Dua ciri tersebut digelar Auto Shut Off dan Automatic Park

Ciri Auto Shut Off bakal diperkenalkan kepada semua model Toyota baharu menjelang tahun 2020 di mana ciri ini akan mematikan operasi enjin secara automatik selepas melepasi sela masa yang ditetapkan. 

Ini adalah untuk mengelakkan para pemilik daripada tidak sengaja meninggalkan kenderaan dalam keadaan enjin yang masih melahu, terutama di dalam situasi seperti di garaj kenderaan yang tertutup. 

Dengan kemudahan yang bakal dinaiktaraf, sistem ini akan turut menghantar notifikasi kepada aplikasi mudah alih pada peranti pintar. 
 


Manakala ciri kedua pula dinamakan sebagai Automatic Park di mana sistem akan menukarkan posisi gear kepada P secara automatik atau dengan menggunakan brek parkir elektronik sekiranya pemandu meninggalkan kenderaan ketika posisi gear berada di D.

Selain daripada itu, sistem amaran berbentuk audio dan visual juga akan turut disertakan bagi menarik perhatian pemandu supaya memarkir kenderaan dengan cara yang lebih selamat.

Kedua-dua ciri ini boleh didapati pada semua model Toyota menjelang tahun 2020. 

Menurut Toyota lagi, ciri terbaharu ini merupakan sebahagian daripada komitmen mereka bagi membantu para pemilik yang pelupa serta tidak mahu sebarang kecederaan yang berlaku kepada orang lain akibat kecuaian diri. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini bermakna, Golf GTI 380 yang telah dilancarkan sebelum ini merupakan model terakhir Golf GTI…
Berita Domestik
"Keputusan belum dibuat. Memang ada kajian dilakukan tapi ia masih di peringkat perbincangan lanjut…
Gaya Hidup
Berita baik buat para peminat jam, kerana Hublot telah melancarkan jam tangan terbaharu jenis…