Cikgu sekolah memandu 'curi tulang' disaman JPJ

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Gara-gara membiarkan calon sekolah memandu mengendalikan kereta bersendirian, seorang tenaga pengajar di sebuah institut memandu di Seberang Jaya di sini disaman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semalam di Seberang Perai.


Pengarah JPJ negeri, Adenan Md. Isa berkata, pihaknya mengesan kesalahan itu semasa mengadakan pemeriksaan mengejut di institut memandu tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Kami terpaksa mengeluarkan notis saman terbabit kerana tindakannya membiarkan calon tanpa pengawasan ketika memandu boleh mengundang bahaya.

 

“Ini termasuklah kemalangan atau sebarang insiden tidak diingini yang lain,” katanya kepada pemberita semalam.

 

Menurut Adenan, selain kesalahan itu, pihaknya mengesan satu lagi kesalahan teknikal iaitu berkaitan kenderaan yang digunakan di institut memandu berkenaan.

 

“Hasil pemeriksaan kami mendapati, terdapat tayar kenderaan di situ yang tidak diselenggara dengan baik.

 

“Jadi, satu notis telah dikeluarkan terhadap kesalahan itu kerana ia juga boleh membahayakan keselamatan termasuk mengakibatkan kemalangan selepas ini,” katanya.

 

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, terdapat sesetengah sekolah memandu di sana mula mengharamkan jenama Tesla daripada…
Berita Domestik
"Kementerian mengambil sedikit pertimbangan untuk memberi kelonggaran tersebut. "Kalau kita 'rigid…
Berita Domestik
  Katanya, suspek yang juga merupakan pembantu tadbir kanan di sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT…