Cikgu Rizal Sadiman dinobatkan sebagai pemenang peraduan "Win the Icon"

oleh SALINA JALIL|
Setelah pencarian selama dua bulan untuk peraduan "Win the Icon", ia telah berakhir dengan kemenangan telah berpihak kepada seorang guru sekolah menengah iaitu, Muhamad Rizal bin Sadiman yang berusia 28 tahun dari Perak. Beliau membawa pulang sebuah Volkswagen Beetle 1.2TSI serba baharu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Peraduan Win the Icon telah berlangsung dari 1 Oktober sehingga 30 November telah menerima lebih daripada 800 penyertaan bergambar dan video rakyat Malaysia menguji model Volkswagen kegemaran mereka sambil mendokumentasikan pengalaman mereka. Para peserta cuma perlu memuatnaik penyertaan mereka secara kreatif dengan hashtag #BetterExperiencedThanExplained.

 

Rizal mengemukakan video pandu uji beliau memandu Polo dan Tiguan dan berkata "Volkswagen merupakan pengalaman pemanduan yang lebih baik daripada yang dapat dijelaskan dengan kata-kata. Keselamatan adalah keutamaan bagi saya kerana saya terlibat dalam kemalangan dua tahun lalu di mana sistem brek telah gagal berfungsi.

 

Dalam video penyerahan saya, saya mempamerkan bagaimana prestasi Tiguan semasa brek kecemasan dan saya sangat kagum. Polo adalah satu lagi kegemaran keluarga saya kerana kami memiliki sebuah Polo. Saya amat teruja dan teruja dengan kemenangan ini. Saya tidak sabar untuk memandu Beetle baharu saya di sekitar bandar dan ke sekolah. "

 

Volkswagen Beetle yang ikonik telah memenangi pelbagai anugerah telah menambat hati serta minda rakyat dalam 80 tahun pengeluarannya. Malangnya, selepas tiga generasi, Volkswagen telah menghentikan produksi Beetle pada bulan Julai tahun ini. Ini menjadikan Rizal satu-satunya pemilik bertuah untuk memiliki Beetle sebelum ia berakhir sepenuhnya.

 

Video penyertaan Rizal untuk peraduan ini ada di sini: https://www.instagram.com/p/B5eHADZHgAI/?igshid=q2evrwv7cub4

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pemenang hadiah utama ialah Channumathy Manogaran dari Klang yang membawa pulang sebuah Perodua…
Berita Domestik
Mohamad Hanif bin Md Nor telah dinobatkan sebagai juara pemandu trak dari ASAC Logistic Sdn Bhd…
Informasi
  Azfar berkata, "Saya tidak pernah memenangi sesuatu yang begitu hebat dan saya tidak dapat…