CHR Turbo recon mula dijual - harga jauh lebih mahal dari yang baharu dan tiada waranti lengkap

oleh Afandi Che Muhamad|
Sebuah penjual kenderaan terpakai import (reconditioned), MyMotor, anak syarikat kepada MyEG hari ini mengumumkan penjualan Toyota CHR Turbo terpakai yang diimport dari Jepun.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dalam sebuah kenyataan akhbar yang dari syarikat tersebut, syarikat itu menjual CHR terpakai itu dari harga bermula pada RM176,000, jauh lebih mahal dari harga model CHR baharu yang akan dilancarkan oleh pengedar rasmi jenama itu, UMW Toyota.

Menurut siaran akhbar yang dihantar kepada Careta, MyMotor langsung tidak menyebut ia adalah model terpakai dan juga tidak ada sebarang notis akan waranti. Paling menarik, ia ditulis seolah-olah mereka adalah pengimport rasmi Toyota.

Ini menunjukan bahawa agensi kerajaan seperti Malaysia Automotive Institute (MAI) dan pihak kastam serta KPDNKK harus memantau dengan lebih ketat akan aktiviti penjual kenderaan AP terpakai kerana jika mereka boleh mencuba untuk memesongkan media, bayangkan apa yang bakal 'digoreng' kepada pelanggan di dewan pameran mereka.

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini adalah berdasarkan imej teaser terbaharu yang diterbitkan oleh Toyota sendiri, serta kehadiran…
Berita Global
Menurut laporan Best Car Web, Toyota C-HR 2024 dijangka akan membawakan penawaran trenkuasa hibrid…
Berita Domestik
Timbalan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintenden Ibrahim Mat Som berkata, lelaki berusia…