Chiron US datang dengan bamper terhodoh dunia

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Untuk membolehkan Bugatti menjual dan mendaftarkan Chiron mereka di Amerika Syarikat (US), model tersebut perlu mematuhi standard piawaian keselamatan US. Antaranya ialah homologasi US memerlukan bamper belakang untuk mana-mana kenderaan berada pada paras 16 hingga 20 inci tinggi dari aras bumi. Idea di sebaliknya ialah untuk memastikan bila perlanggaran berlaku, daya impak akan disalurkan melalui bamper dan tidak akan memberi efek dan merosakan peralatan lain yang mahal seperti fender, lampu, gril dan sebagainya. 070108 Dalam erti katalain, homologasi keselamatan kenderaan di US mementingkan keselamatan dan juga menjaga kepentingan industri insuran mereka. Dan tidak kira jika kenderaan anda sebuah sedan, hatchback atau supercar, anda perlu mempunyai bamper di belakang (kecuali trak pikap). Kerana itu, Bugatti terpaksa memasang bamper untuk model Chiron mereka di sana. a533mb8nrgx2eprzbj53 Semasa Pameran Kenderaan Antarabangsa New York, Bugatti mempamerkan Chiron dengan spek US, lengkap dengan dua getah penampan di belakang yang saling tak tumpah seperti tempat pemijak pada kabin lori balak, atau sepasang Tupperware yang dilekatkan pada ekopr Chiron. Namun begitu, ia diikat oleh dua skru ringkas dan Careta merasakan ianya akan mengambil masa kurang dari dua minit untuk pemilik membuang bamper tersebut. Walaupun dikutuk, kerajaan US berkeras setiap pengeluar kenderaan yang mahu berniaga di tanahnya perlu mengikut keperluan negara tersebut. Sekiranya ini berlaku di Malaysia, pasti sumpahan akan didengari selama 13 bulan tanpa henti. *Gambar-gambar dari Jalopnik