Chiron pecah rekod kelajuan tertinggi 490.48 kmsj!

oleh Mohamad Hanif|
Secara rasmi, Bugatti Chiron telah berjaya memecahkan rekod kelajuan tertinggi di dunia melebihi 300 batu sejam, atau lebih tepat lagi 490.48 kilometer sejam (304.773 batu sejam).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dalam cubaan terbaharu yang dilakukan oleh Bugatti pada 2 Ogos yang lalu, hypercar Chiron yang dikendalikan oleh Andy Wallace itu berjaya memecahkan rekod kereta produksi terpantas di litar Ehra-Lessien. 

Selama enam bulan, Bugatti telah bekerjasama dengan pembuat tayar terkemuka Michelin dan pakar casis Dallara bagi mencipta sebuah "Chiron baharu" bagi memecahkan tembok kelajuan 300 bsj sekaligus mengalahkan rekod Koenigsegg sepantas 284.55 batu sejam (457.9 km/j).
 


Jika anda perasan, dimensi Chiron baharu ini juga sedikit memanjang ke belakang (penambahan sebanyak 25 sentimeter) berbanding Chiron Sport dan ini menjadikan Chiron baharu ini lebih aerodinamik dengan 'ekor yang panjang'.

Sayap belakang dan ciri brek udara juga telah dibuang bagi mengurangkan daya seretan yang bertindak ke atas badan ketika kelajuan tinggi. 

Antara perubahan yang lain yang dibawakan termasuklah penukaran sistem ekzos dengan empat tip, diffuser belakang yang lebih dalam dan besar manakala di bahagian hadapan menempatkan splitter yang lebih besar dan bukaan udara bagi menyalurkan udara sejuk ke bahagian brek. 
 


Menurut Frank Heyl, ketua unit rekaan luaran Bugatti berkata, "antara cabaran yang paling besar adalah untuk mendapatkan pakej keseluruhan yang lebih baik, tidak hanya tertumpu kepada rekaan, aerodinamik, enjin dan juga tayar semata-mata. 

Seperti yang disebutkan di atas, enjin W16 catur-turbo (quad-turbo) 8.0 liter turut menerima talaan bagi menaikkan kuasa daripada 1,479 hp kepada 1,578 hp, manakala transmisi dan sistem pacuan dibiarkan dalam keadaan standard pekak. 

 


Walaupun Bugatti baharu sahaja berjaya memecahkan rekod kelajuan tertinggi di dalam kelas kereta produksi siri, presiden Bugatti Stephan Winkelmann berkata ini merupakan kali terakhir mereka berbuat demikian. 

Ini bermakna, Bugatti tidak akan melibatkan diri di dalam perlumbaan mengejar kelajuan tertinggi selepas ini dan mahu menumpukan perhatian terhadap beberapa perkara yang lebih penting. 

Jadi, Bugatti sudah keluar dari, apa pula kata Koenigsegg dan pengeluar hypercar yang lain? 


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bugatti Chiron Noire didatangkan dengan kemaskini berbentuk visual dengan hasil kerja badan…