China - tukar terus bateri kenderaan EV tanpa perlu menunggu pengecasan semula

oleh SALINA JALIL|
China akan mempopularkan kaedah menukar bateri kereta elektrik (EV) dan sesi percubaan akan dilancarkan pada pertengahan kedua tahun ini, kata Kementerian Industri dan Maklumat China (MIIT) pada Rabu.


Menurut pelan berkenaan, sesi percubaan dijalankan bersama MIIT dan Jabatan Pentadbiran Tenaga China (NEA) itu bermula dengan sektor perkhidmatan awam seperti bus, teksi, penghantaran barang, pelabuhan dan lain-lain.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Sementara itu, pengoperasian secara komersial penukaran bateri di sektor swasta akan dipergiat. 

 

Pada masa ini, penukaran bateri bagi kereta elektrik telah dijalankan di beberapa bandar besar termasuk Beijing.

 

swap

 

Di sebuah stesen tukar bateri yang terletak di timur bandar raya Beijing, penukaran bateri bagi sebuah teksi dapat diselesaikan dalam beberapa puluh saat sahaja.

 

Seorang pemandu memberitahu bahawa ini banyak memudahkan mereka kerana tidak perlu menunggu lama untuk mengecas bateri.

 

Menurut perancangan, pihak berkuasa akan membina lebih banyak stesen menukar bateri bagi memudahkan pengguna.

 

 

 

-- BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Cabaran yang dihadapi dalam proses perincian sekarang ialah perbandingan kapasiti (CC) kereta ICE…
Berita Global
Nissan merupakan perintis kenderaan elektrik (EV) dengan Leaf berkuasa bateri, tetapi telah diatasi…
Berita Domestik
Menurutnya, kerajaan telah berbincang dengan Proton dan Perodua untuk memperkenalkan kenderaan EV…