China sedang uji kereta pertama guna teknologi maglev

oleh Mohamad Hanif|
Kita sudah biasa dengar teknologi levitasi magnet (maglev) yang digunakan oleh jaringan keretapi dengan kelajuan yang mampu mencapai sehingga 500 atau 600 km/j.

Di China, sekumpulan para pengkaji dari Southwest Jiaotong University telah pun menyempurnakan ujian operasi kereta yang dilengkapi dengan teknologi maglev di dalam dunia sebenar.

Dalam ujian tersebut, sebuah sedan seberat 2.8 tan berjaya 'terbang' 35 mm tanpa menyentuh tanah, di mana ia sebenarnya telah dipasangkan dengan susunan magnet kekal yang membolehkannya terapung di atas landasan.

Menurut Deng Zigang, profesor dan ketua pasukan pengkaji di universiti itu menjelaskan, "langkah kami seterusnya adalah fokus kepada pembangunan kereta sebenar untuk merealisasikan visi indah melihat sebuah kereta maglev pertama yang mampu terapung dan bergerak.

 


"Langkah ini akan memberikan sokongan kritikal kepada pembangunan kenderaan maglev di China.

China merupakan antara peneraju pengangkutan berasaskan maglev untuk tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Jaringan komersial maglev pertama diperkenalkan di Shanghai pada tahun 2004 dengan menggunakan teknologi Jerman yang menawarkan kelajuan sehingga 430 km/j.

China juga sedang berusaha membangunkan rekaan keretapi maglev berkelajuan tinggi yang mampu mencapai kealjuan sehingga 600 km/j, di mana jarak perjalanan sejauh 1,000 km antara Beijing dan Shanghai boleh dipendekkan kepada 2.5 jam sahaja, separuh daripada kelajuan yang dicapai oleh keretapi kelajuan tinggi buat masa ini.

Sumber: SCMP

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penerbangan yang bermula Isnin dijangka akan meningkatkan lagi kemasukan pelancong dari negara itu…
Berita Global
Sama seperti smart #1, smart #3 merupakan projek kerjama antara Mercedes-Benz dan Geely dengan…
Berita Global
Dibangun menggunakan platform elektrik SEA daripada Geely Group, dimensi Radar RD6 menyamai dimensi…