China punya senjata rahsia untuk kawal pasaran kenderaan elektrik dunia

oleh HEZERI SAMSURI|
Industri kereta elektrik atau EV dikatakan bakal berlaku lebih cepat dari yang disangka.

Hampir kebanyakan syarikat kenderaan bergegas untuk menghasilkan sesuatu seperti Tesla. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pelbagai bentuk EV dihasilkan dengan pelbagai teknologi digunakan tetapi satu yang pasti ialah antara bahan paling penting dalam pembuatan bateri lithium-ion yang digunakan oleh semua EV sekarang ialah kobalt.

Kebanyakan kobalt yang telah diproses menjadi kobalt suifida dibeli daripada syarikat-syarikat seperto Glencore Plc dan Vale SA (Vale turut mempunyai kilang di Manjung, Perak), bahan kobalt mentah dibeli dari lombong-lombong di seluruh dunia.

 

 

Pengeluar kobalt terbesar dunia sekarang ialah dari Kongo, di mana ia menghasilkan dua pertiga dari hasil pengeluaran dunia.

Ada 14 lombong kobalt di Kongo dan syarikat dari China memiliki lapan darinya.

Syarikat China juga mengawal 80 peratus dari kilang yang menghasilkan bahan-bahan kimia yang diperlukan dalam proses perlombongan bahan mentah tersebut.

Syarikat-syarikat China juga kini mengawal kilang-kilang pemprosesan kobalt dunia dan kerana itu 57 peratus dari katod bateri NMC untuk EV dihasilkan di China.

Tesla bagaimanapun menggunakan katod bateri NCA yang menggunakan kandungan kobalt yang rendah dan Tesla mendapatkan bekalan mereka dari Jepun.

 

 

Menurut George Heppel, penganalisa dari CRU Group, London, kilang-kilang penghasilan bateri bakal berpindah ke China kerana bahan-bahan yang diperlukan dalam pengilangan produk tersebut sudah tersedia di China.

"Tidak ada stok kobalt yang mencukupi di mana-mana tempat di dunia untuk anda mengelak dari menggunakan China. Sebijak mana pun anda, stok produk kobalt terbanyak memang sudah tersedia di China dan ini akan memberikan mereka kelebihan," ujar Heppel.

Dan kerana itu, teknologi EV nampaknya terpaksa berpaksi ke China.

Masalah dengan ini ialah tidak seperti negara-negara maju yang lain, China tidak begitu mengamalkan Pemindahan Teknologi.

 

 

Kebanyakan syarikat China hanya akan menggunakan negara-negara lain sebagai tempat pemasangan dan jika boleh, pekerja-pekerja juga akan datang dari negara China sendiri.

Sifat ini berbeza dengan Jepun contohnya yang hanya akan menempatkan pegawai tertinggi di lokasi luar dari negara tersebut dan sedia melatih rakan kongsinya untuk sama-sama maju.

Senario ini anda boleh lihat sendiri di Malaysia di mana syarikat China tidak mahu memberikan muka kepada orang tempatan dan lebih melihat mereka sebagai pekerja sahaja. 

* Gambar utama dari Roskill

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kobalt digunakan di dalam pembinaan bateri lithium-ion, di mana ia menjadi antara bahan untuk…