China mahu bina bulan artifisial gantikan peranan lampu jalan

oleh Mohamad Hanif|
Pihak berkuasa China dilaporkan di dalam proses untuk meluluskan projek pembinaan bulan artifisial, atau satelit yang dilengkapi bahan pemantul cahaya bagi menggantikan peranan lampu jalan di Chengdu menjelang 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

'Bulan palsu' tersebut akan mengorbit pada jarak kira-kira 500 km daripada permukaan bumi dan dikatakan mempunyai keupayaan pencahayaan lapan kali lebih terang berbanding bulan asal. 

Para saintis China merancang untuk menghantar tiga buah satelit ini ke angkasa dalam masa empat tahun akan datang dan ia dijangka akan memberikan bantuan pencahayaan dalam lingkungan diameter 10 sehingga 80 km. 
 


Menurut Wu Chunfeng, pengerusi Chengdu Aerospace Science and Technology Microelectronics System Research Institure Corporation menjelaskan, pelancaran tiga buah bulan artifisial tersebut dikatakan untuk mengurangkan bebanan penggunaan tenaga elektrik sehingga $240 juta (RM999 juta) setahun bagi memberikan pencahayaan kepada bandar Chengdu. 

Tambahan pula, bantuan pencahayaan ini juga boleh digunakan bagi membantu kawasan yang mengalami keputusan bekalan elektrik disebabkan bencana alam seperti gempa bumi. 

Walaupun ia bertujuan baik, terdapat kerisauan yang dilontarkan oleh para pengguna media sosial seperti kesan yang ditimbulkan kepada alam sekitar, kesan jangka panjang terhadap fasa tidur manusia dan kos keseluruhan projek gila tersebut. 

Sumber: ABC

Berita Berkenaan

Informasi
Bagi generasi kedua Felda Tenggaroh 2, Mera Ali, 31, perbelanjaan untuk kos operasi 37,012 lampu di…
Berita Domestik
  Seorang pemandu e-hailing, Aedy Alias Mat Rusok, 38, berkata, dia menggunakan laluan itu pada…
Berita Domestik
Henry kemudian menerangkan bahawa pemasangan 285 unit lampu jalan solar itu adalah sebahagian dari…