China lancarkan modul pertama stesen angkasa lepas

oleh SALINA JALIL|
China melancarkan modul pertama stesen angkasa lepasnya pada Khamis.


Ia satu pencapaian dalam usaha Beijing untuk mewujudkan kehadiran manusia secara kekal di angkasa lepas.


Berbilion dolar dibelanjakan untuk penerokaan angkasa lepas ketika China mahu meningkatkan statusnya di peringkat global dalam bidang teknologi, mengikut jejak langkah Amerika Syarikat (AS), Rusia dan Eropah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Modul teras Tianhe itu mempunyai peralatan sokongan hayat dan ruang tempat tinggal untuk angkasawan dilancarkan dari wilayah Hainan, dengan menggunakan roket Long-March 5B.

 

Stesen angkasa lepas Tiangong yang bermaksud Istana Syurga itu dijangka akan beroperasi pada 2022 selepas kira-kira 11 misi lagi untuk menghantar modul lain dan memasangnya di orbit.

 

Stesen itu yang lengkap nanti akan serupa seperti stesen 'Mir' Soviet yang mengorbit bumi antara 1980-an hingga 2001.

 

Stesen angkasa lepas China pula dijangka akan kekal di orbit rendah iaitu antara 400 dan 450 kilometer dari bumi dengan jangka hayat kira-kira 15 tahun.

 

Stesen itu selepas lengkap adalah seberat 90 tan atau kira-kira satu perempat daripada saiz Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

 

ISS yang juga kerjasama antara AS tidak akan digunakan selepas 2024, meskipun Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) menyatakan ia boleh beroperasi sehingga selepas 2028.

 

Selepas ketiadaan ISS, stesen angkasa lepas China itu mungkin menjadi satu-satunya stesen angkasa lepas yang mengorbit bumi.

 

 

BBC

Berita Berkenaan

Berita Global
Malah, ia juga merupakan percubaan kali pertama SpaceX menerbangkan manusia ke angkasa, di mana…