China kini pengeksport kereta terbesar dunia kalahkan Jepun

oleh Mohamad Hanif|
China berjaya memintas Jepun sebagai pengeksport kereta terbesar di dunia dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Menurut laporan BBC, angka rasmi menunjukkan China telah mengeksport 1.07 juta kenderaan, atau peningkatan sebanyak 58 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2022.

Sebagai perbandingan, Jepun telah mengeksport 954,185 unit kenderaan, atau peningkatan 6 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Faktor utama yang menyumbang kepada keadaan tersebut ialah permintaan besar terhadap kenderaan elektrik dan kenderaan tenaga baharu (NEV), ditambah pula dengan kehadiran kilang pengeluaran EV Tesla terbesar di Shanghai.  
 

Tsla


Selain daripada itu, eksport ke pasaran Russia turut meningkat disebabkan oleh sekatan yang dikenakan ke atas negara penyerang Ukraine itu.

Pengeluar seperti Geely, Chery, dan Great Wall menyaksikan pasaran masing-masing di Russia melonjak selepas pesaing mereka seperti Volkswagen dan Toyota menarik diri daripada pasaran negara tersebut.

Menurut portal Nikkei Asia, China juga turut mengeksport hampir 30,000 trak kegunaan tentera ke Russia pada tahun ini, peningkatan hampir tujuh kali ganda berbanding tahun terdahulu.

Sumber: Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Global
"Sekatan sementara akan membantu memenuhi pasaran bahan api, yang seterusnya akan membolehkan…
Berita Global
Menurut analisis daripada Moody's Analytics, China berjaya mengejutkan dunia sepanjang pandemik…
Berita Global
Sebelum pameran automotif GIIAS di Jakarta itu lagi, Mitsubishi juga telah membuat pengumuman…